Sedang Malaysia masih bergelut dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan deklarasi darurat, perkara yang berbeza terjadi di Amerika Syarikat.

lankan pada akhir tahun lalu menunjukkan kekalahan berpihak kepada Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di tangan Presiden Joe Biden. Pada hari ini, Presiden Amerika Syarikat yang baharu Joe Biden, mengangkat sumpah untuk menerima jawatan yang telah dimenanginya.

Meskipun sempat menghilangkan diri selama seminggu, video ucapan Donald Trump telah tersebar di laman media sosial. Kandungan video tersebut lebih kepada menyarankan rakyat Amerika Syarikat mendoakan kerajaan yang bakal diperintah oleh Joe Biden di samping mengucapkan selamat kepada Joe Biden secara terbuka.

Dikhabarkan Bekas Presiden ini tidak mahu bersemuka dengan Presiden Baharu tersebut. Donuld Trump dikatakan telah keluar daripada White House tanpa bersemuka dengan Joe Biden.

BACA JUGA :   Donald Trump Cetus Kebangkitan Neo-Nazi Amerika

Namun, dikatakan Donald Trump telah meninggalkan sepucuk surat buat Joe Biden. Kandungan surat itu tidak didedahkan kepada khalayak kerana ia disifatkan sebagai peribadi. Dalam pada itu, pemerintahan Joe Biden dilihat lebih pelbagai kerana Kamala Harris yang berketurunan Asia Selatan berkulit dilantik sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat.

Ura-ura menyatakan bahawa pentadbiran Amerika Syarikat di bawah Joe Biden mungkin bakal menjadikan Amerika Syarikat lebih harmoni. Isu perkauman di negara itu mungkin akan dilihat lebih baik berbanding sebelumnya.

Tiada ucapan tahniah daripada Donald Trump, namun Joe Biden disambut baik dan menerima ucapan tahniah daripada bekas Presiden Barrack Obama. Ucapan selamat maju jaya itu dizahirkan dengan sebuah ciapan beserta gambar yang menunjukkan keakraban Joe Biden dan Barrack Obama.

BACA JUGA :   Penganalisis: PM Najib Belah Bahagi Menyelar Tindakan Donald Trump Berkenaan Baitulmaqdis

Setelah selesai upacara mengangkat sumpah, Presiden Amerika Syarikat ke-46 itu dikatakan terus menjalankan tugasnya untuk menangani krisis yang ada. Dalam ucapan pertamanya sebagai Presiden Amerika Syarikat, beliau menyatakan kesungguhannya untuk menjadi Presiden kepada semua rakyat Amerika baik kepada yang menyokong atau sebaliknya.

Sumber : Astro Awani

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here