Kemasukan pengajian bidang perubatan dibuka untuk sesi Februari 2021 ini di Kursk State Medical University. Daftar menerusi Daulah Educonsult jika pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan di KSMU ialah bidang pra – perubatan, perubatan dan gerontologi.  Untuk makluman pelajar, pengajian di KSMU ini adalah secara dalam talian. Ianya berikutan dengan pandemik yang melanda seluruh dunia.

KSMU merupakan salah satu universiti terkemuka yang terdapat di Rusia. Malah, KSMU telah menerapkan cara pembelajaran yang sistematik. Antaranya seperti berikut ;

  • Berada di Malaysia tetapi waktu kelas adalah berjalan seperti biasa dari jam 3 petang ke 8 malam waktu Malaysia.
  • Kelas secara keseluruhannya akan di uruskan oleh pensyarah subjek.
  • Pelajar akan belajar di dalam kumpulan yang kecil iaitu dari 8 ke 10 orang untuk satu kumpulan.
  • Teknik pengajian
    • Kajian kes bersama profesor.
    • Penggunaan nota.
  • Pelajar akan lebih kepada melakukan perbincangan bersama.
  • Penglibatan pelajar pada setiap perbincangan amat penting.
BACA JUGA :   Pengajian Luar Negara Di Rusia Sesi Oktober & November 2020

Kursk State Medical University ditubuhkan pada tarikh 7 Februari 1935. Merupakan universiti yang pertama yang telah menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris.

Ia juga merupakan salah sebuah universiti yang terkemuka dalam bidang pengajian perubatan di Rusia. Di KSMU telah lahir lebih daripada 40 ribu doktor, ahli farmasi dan profesional kesihatan yang laintelah dilatih selama 85 tahun universiti ini ditubuhkan.

Pelajar tidak perlu risau kerana KSMU telah mendapat pengiktirafan daripada ;

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk pelajar yang berminat untuk memohon menyambung pengajian di sini.

  • SPM/IGCSE – Minimum lulus dalam semua subjek sains.
  • STPM, Matrikulasi & Asasi – CGPA 3.0 dalam subjek sains.
  • Diploma – CGPA 3.0
BACA JUGA :   Makam Di Masjid al-Husein

Jika pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di KSMU segera lakukan pendaftaran. Klik link di bawah untuk terus memohon.

Borang Permohonan: https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/borangpermohonanonline2020rusiapolandindonesiabangladesh

Selain daripada Rusia, Daulah Educonsult turut menawarkan pengajian di Indonesia, Poland, Mesir, Bangladesh dan Turki. Pelbagai bidang pengajian di tawarkan di univeriti – universiti. Pengajian di negara tersebut juga dibuka kemasukan untuk sesi 2021 ini.

Jika pelajar mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat dengan lebih lanjut. Sila hubungi talian di bawah dan layari laman web serta media sosial kami.

Daulah Educonsult: https://daulahmedic.com/
Instagram: https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1: 0189624322
Customer service 2: 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here