Kebelakangan ini jumlah kes pulih melebihi jumlah kes harian COVID-19 yang telah dilaporkan. Tetapi, kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semalam 28 Januari 2021 telah kembali melebihi kes pulih iaitu sebanyak 4 094. Manakala, jumlah kes pulih yang telah direkodkan adalah sebanyak 3 281 kes.

Penambahan kes tersebut telah menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 198 208 kes. Ini telah menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 43 192 kes.

Daripada jumlah 4 094 tersebut, negeri Selangor mencatatkan jumlah kes harian yang tertinggi iaitu sebanyak 1 577 kes. Daripada jumlah tersebut juga sebanyak 1 262 kes adalah daripada kluster – kluster dan saringan kontak rapat COVID-19.

Diikuti dengan negeri Johor iaitu sebanyak 717 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 678 kes. Menerusi kenyataan akhbar KPK, jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 327 kluster dengan penambahan 9 kluster baru semalam.

BACA JUGA :   Peluang Belajar di Benua Eropah:Rusia

Menerusi laman media sosial Twitter Kementerian Pertahanan Malaysia, MINDEF Malaysia, kerajaan telah bersetuju melakukan penyelarasan waktu operasi perniagaan.

Daripada laman Twitter tersebut : “Bermula 29 Januari 2021, semua operasi perniagaan yang telah dibenarkan seperti pasaraya, kedai runcit, kedai serbaneka, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makanan haiwan,kedai dobi serta kedai cermin mata dilanjutkan hingga jam 10 malam.”

Namun, setiap masih perlu mematuh SOP dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Disebabkan itu, KKM turut menyarankan untuk semua mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.

Elakkan 3S/3C.

  • Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
  • Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)

Amalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
BACA JUGA :   ????????? ???? ???? ????

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia, Kenyataan Akhbar KPK, KKM

Pelanjutan operasi yang telah dibenarkan membolehkan setiap peniaga untuk berniaga. Disebabkan itu, orang ramai yang sebelum ini tidak berkesempatan untuk membeli makanan selepas balik kerja disebabkan kedai makan tutup lebih awal.

Kerja – kerja penghantaran juga akan berjalan seperti biasa. Oleh itu, kepada anda yang mahu menjana pendapatan sampingan. Daftar sebagai rider dan driver Safer sekarang dan anda berpeluang untuk menikmati promosi 0% caj penolakan.

Ini bermakna semua keuntungan adalah milik anda. Pendaftaran sebagai rider boleh dilakukan dengan klik di sini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here