Menerusi sidang media COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, KKM telah memendekkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari.
Malah, tambah beliau lagi sudah banyak negara lain telah menggunakan kaedah ini dalam mengurangkan tempoh kuarantin 14 hari kepada 10 hari.
Ini kerana kebanyakkan kes dikesan pada hari ketiga hingga hari kelima.
Jelas beliau lagi, terdapat juga negara yang mengguna pakai 7 hari kuarantin, tetapi risiko akan menjadi lebih tinggi kalau menggunakan tempoh 7 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menjelaskan, untuk virus baharu 202012/01, tiada laporan yang menyatakan tempoh inkubasi virus tersebut adalah 21 hari.
Tambah beliau, walaupun individu tersebut negatif pada hari pertama, tetapi biasanya pada hari ke-7 hingga hari ke-10 pihak KKM boleh mengesan virus tersebut. Jadi KKM masih mengguna pakai tempoh kuarantin 10 hari.
Dalam sidang media tersebut, beliau turut menjelaskan tentang tempoh kuarantin untuk kes tahap 1 dan tahap 2. Dengan peningkatan kes yang berlaku setiap hari, terutama sekali kes tahap 1 dan tahap 2.
Sumber Video : Youtube Harian Metro
KKM menempatkan kes tahap 1 yang tidak bergejala iaitu PKRC. Namun, PKRC telah pun penuh, disebabkan itu KKM telah memberikan keutamaan iaitu kes – kes yang tidak ada tempat yang sesuai untuk kuarantin. Sebagai contoh, pekerja asing ditempatkan di MAEPS.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan kriteria – kriteria untuk dibuat samada kuarantinkan kes positif tetapi tiada gejala tahap 1 atau gejala ringan dikuarantinkan di rumah. KKM sedang perkemaskan kriteria – kriteria yang boleh dipertimbangkan.
Jelas beliau lagi, setakat ini masih ada kelewatan iaitu kelewatan dari pertugas – petugas kesihatan untuk mengambil dan menghantar pesakit daripada rumah ke PKRC atau ke hospital.
Hampir 90% pesakit #COVID19 dalam kategori Tahap 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan. Mereka ditempatkan di PKRC yg kini hampir penuh. Justeru, individu yang positif kategori 1 dan 2 digalakkan dikuarantin di rumah tetapi bergantung pada penilaian risiko.
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) January 4, 2021
Beliau turut mengatakan, inilah daripada pertambahan kes seharian yang tinggi. Kemampuan hospital ataupun PKRC adalah terhad. Setakat ini jumlah kes aktif ialah 22 0 89 ribu kes dan kemampuan untuk menampung ialah 23 000.
Pihak KKM sedang melihat kepada persiapan apabila kes bertambah, ianya samada kita pertimbangkan 89% hingga 90% daripada kes tiada gejala untuk di asaingkan dan dikuarantinkan di rumah.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.