Anda mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pengajian Islam di negara seberang? Jika ya, anda boleh mendaftarkan diri bersama Daulah Educonsult untuk sesi kemasukan 2021.

Indonesia telah membuka permohonan buat pelajar untuk memasuki universiti mereka di dalam bidang Pengajian Islam. Antara universiti yang menawarkan bidang Pengajian Islam adalah Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA), Riau dan Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh.

UIN SUSKA

UIN SUSKA mempunyai pelbagai fakulti yang boleh anda duduki mengikut bidang yang diminati. Antara fakulti yang ada di UIN SUSKA ialah Fakulti Tarbiyah dan Keguruan, Syari’ah dan Ilmu Hukum, Usuluddin, Dakwah dan Ilmu Komunikasi, Sains dan Teknologi, Psikologi dan Ekonomi dan Ilmu Sosial.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Atau Gerontologi Di Kursk State Medical University, Rusia Sesi 2021.
Perpustakaan di UIN SUSKA RIAU

UIN Ar-Raniry

Universiti yang ditubuhkan bersempena nama seorang ulama dan mufti ini merupakan universiti yang menawarkan bidang pengajian Islam yang pelbagai juga. Fakulti yang ada di UIN Ar-Raniry adalah Fakulti Syariah dan Hukum, Fakulti Usuluddin dan Filsafat, Fakulti Dakwah dan Komunikasi dan Fakulti Adab dan Humaniora. Pelbagai bidang yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian minat anda.

Dalam pada itu, jika anda berminat untuk menyambung pengajian selain bidang Pengajian Islam, anda boleh dapatkan maklumat menerusi Daulah Educonsult. Indonesia juga menawarkan tempat kepada pelajar untuk menyambung pengajian di dalam bidang perubatan. Antara universiti yang menawarkan bidang perubatan adalah seperti Universiti Sumatera Utara (USU), Universitas Airlangga dan lain-lain.

Sebarang maklumat atau pertanyaan anda boleh ajukan kepada pihak Daulah Educonsult di :

BACA JUGA :   6 KERJAYA YANG MENGUNTUNGKAN UNTUK LEPASAN GRADUAN

No. Pejabat:  03-92851322
Customer service : 018-9624322
Website: http://daulahmedic.com/
Facebook: Daulah Educonsult
Youtube: Daulah Educonsult

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here