Daulah Educonsult adalah sebuah organisasi yang dapat memberikan khidmat nasihat kepada anda yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jika anda mahu belajar ke luar negara dan tidak tahu bagaimana untuk mendaftar? Daulah Educonsult sedia membantu.

Di samping memberikan khidmat nasihat, Daulah Educonsult juga menawarkan kepada pelajar untuk menyambung pengajian ke luar negara seperti di Rusia, Indonesia, Poland, Bangladesh, Mesir dan lain-lain. Daulah Educonsult sudah mempunyai banyak pengalaman menghantar pelajar ke luar negara untuk menyambung pelajaran terutamanya dalam bidang perubatan.

Jika anda adalah seorang pelajar sains dan mahu melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan, anda boleh mendaftar ke universiti di luar negara menerusi Daulah Educonsult. Terdapat beberapa buah universiti di luar negara yang menawarkan tempat buat pelajar Malaysia yang ingin menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

Antara universitinya ialah :

  1. Kursk State Medical University, Rusia

Kursk State Medical University atau dikenali sebagai KSMU adalah universiti yang menjadi pilihan pelajar Malaysia kerana sudah terdapat ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di universiti ini. Universiti ini juga terkenal kerana merupakan antara top 10 universiti terbaik yang ada di Rusia.

BACA JUGA :   UIN SUSKA, Riau Di Indonesia Tawar Pelbagai Program Pengajian Dalam Bidang Pengajian Islam.

Tidak hanya itu, yuran di univeristi ini juga adalah lebih berpatutan kerana harga yurannya yang berjenis ‘Lock Fee‘. Tiada perubahan ke atas yuran meskipun terdapat perubahan pada nilai mata wang. Tidak hanya itu, KSMU juga membuka kemasukan 4 sesi (Februari, April, June, September) bagi para pelajar.

2. Universitas Sumatera Utara, Indonesia

Universiti yang teletak di Indonesia ini mampu untuk memberikan anda pengalaman yang berharga sepanjang menjadi penuntut di dalam bidang perubatan di sana. Tidak hanya bidang perubatan, universiti yang terletak di Medan ini juga menawarkan bidang pergigian dan farmasi.

Jika anda tidak mahu merantau jauh, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pelajar di universiti Indonesia. Perubahan cuaca dan masa juga tidak terlalu banyak berbanding dengan keadaan di Malaysia. Universiti ini juga merupakan antara universiti negeri tertua di Pulau Jawa.

BACA JUGA :   5 Kelebihan Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara Yang Anda Wajib Tahu

Tidak hanya dua universiti di atas, terdapat pelbagai lagi universiti yang menawarkan bidang perubatan. Antara universiti yang lain ialah :

  • Piroshky Research Medical University, Rusia
  • Volgograd State Medical University, Rusia
  • Universitas Airlangga, Indonesia
  • Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia
  • Universitas Hasanuddin Sulawesi Selatan, Indonesia
  • University of Warsaw, Poland
  • University of Lodz, Poland
  • Dhaka Medical College, Bangladesh
  • Mymensingh Medical College, Bangladesh
  • Chittagong Medical College, Bangladesh

Permohonan kemasukan bagi tahun 2021 juga sudah dibuka. Jika anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di dalam bidang perubatan, anda boleh menghubungi pihak Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat berkaitan pendaftaran.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here