Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba telah mewakili Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & kerajaan Malaysia dalam menandatangani Term Sheet Agreement untuk memperoleh 18.4 juta dos vaksin yang meliputi 28.75% populasi rakyat Malaysia.

Term Sheet tersebut di tandatangani di antara pihak KKM dengan 2 syarikat pembekal vaksin iaitu syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd.

2 syarikat pembekal vaksin ini di wakili oleh Pengarah Urusan PLS, Datuk Zulkarnain Md Eusope dan Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech Berhad, Leonard Ariff Abdul Shatar.

Menerusi kenyataan laman media sosial Facebook KKM, pembekalan vaksin daripada Syarikat PLS dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai bulan April 2021.

Jumlah vaksin yang dibekalkan adalah sebanyak 12 juta dos COVID-19 CORONAVAC, SARS-COV-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated yang dihasilkan oleh Sinovac Life Science Co. Ltd.

Manakala, jumlah vaksin yang akan dibekalkan oleh Syarikat Duopharma (M) Sdn. Bhd. adalah sebanyak 6.4 juta dos vaksin Sputnik V. Vaksin Sputnik V dihasilkan oleh Gamaleya Research Institute of Epidemiology and Microbiology di Russia. Ia dijangka akan mula dibekalkan secara berperingkat mulai penghujung bulan Mac 2021.

BACA JUGA :   Jokowi Larang "Mudik" Ketika Bulan Ramadan

2 dos suntikan vaksin akan diberikan, dos kedua diberikan selepas 14 hari dari dos pertama. Vaksin yang dimaksudkan untuk diberikan kepada penerima adalah vaksin COVID-19 CORONAVAC, SARS-COV-2 Vaccine (Vero Cell) Inactivated.

Daripada kenyataan di Facebook tersebut, dengan jumlah 12 juta dos ini, KKM menjangkakan liputan program imunisasi kepada 6 juta orang atau 18.75% daripada jumlah populasi di Malaysia, berusia 18 tahun ke atas.

Manakala, untuk vaksin Sputnik V setiap penerima akan menerima sebanyak 2 dos suntikan di mana suntikan dos kedua adalah selepas 21 hari dari dos pertama. Dengan jumlah 6.4 juta dos ini, KKM menjangkakan liputan program imunisasi kepada 3.2 juta orang atau 10% daripada jumlah populasi di Malaysia, berusia 18 tahun ke atas.

Untuk makluman anda, pembekalan vaksin dari kedua-dua syarikat ini akan dimulakan setelah mendapat kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (Drug Control Authority).

Sebelum ini, KKM telah menandatangani perjanjian pembekalan vaksin dengan Pfizer dan AstraZeneca. Sebanyak 24.28 juta dos dan 6.4 juta dos vaksin yang telah diperoleh dari kedua syarikat.

BACA JUGA :   PKPD Dilaksanakan Di Beberapa Mukim Sekitar Selangor Dan Lokaliti Sekitar Kuala Lumpur

Perolehan vaksin-vaksin ini akan diselaraskan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang pada masa ini dalam proses akhir mendapat kelulusan Kerajaan.

Kerajaan memberi keutamaan dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat memastikan Malaysia bebas daripada COVID-19 di samping pemulihan ekonomi negara. Justeru, perolehan vaksin-vaksin ini membolehkan Kerajaan berada di landasan terbaik untuk mencapai keutamaan tersebut.

Sumber : Facebook KKM, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ini, menguji setiap orang di dunia. Terutama sekali bagi mereka yang bekerja dan berniaga. Perlaksanaan PKP sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan para peniaga.

Disebabkan itu, Safer yang merupakan sebuah syarikat e-hailing menawarkan promosi 0% caj komisen buat peniaga yang mendaftar di Safer. Ini bermakna para peniaga akan dapat mengaut 100% keuntungan perniagaan tanpa dikenakan sebarang caj.

Oleh itu, kepada peniaga di luar sana mari mendaftar sebagai vendor di Safer untuk menikmati tawaran yang disediakan di Safer. Promosi ini dilakukan adalah sebagai salah satu inisiatif oleh pihak Safer untuk meringankan beban para peniaga sekalian.

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi aplikasi Safer Food yang boleh dimuta turun di Google Play Store atau Apple App Store. Pendaftaran boleh dilakukan dengan klik di sini.

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here