Situasi banjir di negara kita agak tidak dijangka. Bencana banjir ini merupakan musibah yang mampu untuk melumpuhkan atau memberikan kesan negatif kepada rakyat dan negara. Kerugian akibat banjir ini akan ditanggung oleh semua pihak terutama kepada rakyat dan kerajaan negeri.

Sumber : Kosmo

Hinggi kini, pelbagai jenis bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir. Tidak hanya daripada kerajaan Malaysia, terdapat juga persatuan-persatuan bukan kerajaan yang turun padang untuk menghulurkan bantuan.

Contoh yang paling jelas dan tular baru-baru ini adalah daripada Ustaz Ebit Lew. Tidak hanya menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir, bantuan kewangan turut disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

Meskipun banjir sudah semakin menyurut dan mangsa banjir di PPS sudah berkurangan, kesan banjir masih diterima oleh mangsa banjir tersebut. Mereka mungkin kehilangan wang yang banyak akibat beberapa kerosakan barangan rumah. Tidak hanya itu, terdapat juga rumah yang roboh akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

BACA JUGA :   VIRAL : Ini Makna Sebenar 'Tak Tun Tuang' Yang Anda Pasti Tak Sangka

Bertitik-tolak daripada kejadian ini, pelbagai pihak telah menguruskan beberapa kemudahan kepada mangsa banjir. Antaranya adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bank Islam, CIMB Group Holdings Bhd, NSTP-Media Prima dan pelbagai lagi agensi yang berkaitan.

Sumber : Berita Harian

Bantuan kewangan adalah antara yang diperlukan kerana mangsa banjir perlu untuk membaiki atau membersihkan rumah yang didiami untuk kelangsungan hidup. Tidak hanya itu, bantuan pakaian dan bantuan keperluan asas juga diperlukan. Tambahan, sesi persekolahan bagi tahun 2021 juga bakal dibuka tidak lama lagi.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here