Pendaftaran adalah percuma bagi mereka yang mahu mendaftar sebagai Safer Delivery Partner & Driver. Pengaktifan akaun adalah dalam masa 24 jam sahaja jika anda telah melengkapkan kesemua dokumen yang dinyatakan di bawah.

Malah, pihak Safer tidak akan mengenakan caj komisyen kepada anda. Di sepanjang tempoh PKP, pihak safer menawarkan 0% caj komisen jika anda mendaftar dengan Safer sebagai rakan penghantar dan pemandu.

Safer prihatin kepada semua penghantar makanan dan juga pemandu e-hailing Safer. Ini merupakan salah satu inisisatif pihak Safer untuk meringankan beban semua orang di tempoh PKP ini.

Daftar sekarang sebagai Safer Delivery Partner & Driver sekarang. Waktu berkerja adalah sangat fleksibel, anda boleh memilih sama ada mahu membuat part time ataupun full time.

Jika anda menjadi sebahagian daripada keluarga Safer. Anda berpeluang untuk menjana pendapatan pasif dan aktif dengan serentak. Senang sahaja hendak menjana dua – dua pendapatan ni.

Pendapatan aktif anda akan diperoleh melalui kerja penghantaran yang dilakukan. Sekiranya anda melakukan banyak kerja penghantarann pendapatan aktif anda akan bertambah.

BACA JUGA :   Tak Sempat Lunch? Order Makanan Di Safer Food Sekarang!

Manakala, pendapatan pasif akan diperoleh dengan perkongsian referral code kepada kenalan. Jika ramai orang mendaftar menggunakan referral code anda dan menggunakan perkhidmatan di Safer. Anda akan mendapat lebih banyak pendapatan pasif.

Pendapatan pasif yang akan diperoleh ialah sebanyak 1%, jika kenalan anda mendaftar menggunakan kod anda dan melakukan kerja penghantaran.

Sebelum itu, anda perlu memenuhi syarat kelayakkan dan melengkapkan butiran yang ditetapkan oleh pihak Safer.

Syarat kelayakan rakan pemanduĀ  :

  • Tahun buatan kereta 2012 dan ke atas
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh (D)
  • Memiliki lesen PSV
  • Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan akses internet (iOS atau Android)

Syarat kelayakkan rakan penghantar :

  • Memiliki kenderaan seperti motor, kereta, van, pickup truck dan lain-lain
  • Tiada had tahun buatan kenderaan
  • Memiliki lesen memandu yang sah (Lesen L juga diterima bagi motosikal sahaja)
  • Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan akses internet (iOS atau Android)
    (Lesen psv dan ehailing insurance tidak perlu jika mendaftar sebagai rakan penghantar SAFERĀ  .)
BACA JUGA :   Safer Mengeluarkan Kupon RM5 Sempena Hari Kemerdekaan

Butiran kenderaan yang perlu ada :

  • Roadtax
  • Geran
  • Insurans
  • Akaun Bank

Lesen SPV boleh didapati di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala lesen EPV akan diuruskan oleh Safer.

Safer menyediakan perkhidmatan seperti Safer Ride, Safer Delivery, Safer Swift dan Safer Concierge.

  • Safer Ride ialah perkhidmatan menghantar penumpang ke kawasan yang dipilih mereka.
  • Safer Delivery ialah perkhidmatan menghantar barang ke lokasi yang dikehendaki.
  • Safer Food ialah perkhidmatan menghantar makanan.
  • Safer Swift ialah perkhidmatan menghantar penumpang menggunakan motor.
  • Safer Concierge ialah perkhidmatan membantu dan meneman pengguna sehingga tempoh yang ditempah tamat.

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai rakan pemandu dan rakan penghantar Safer, muat turun aplikasi Safer Driver. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web dan media sosial.

Apple App Store: https://apple.co/2ZvyNeX
Google Play Store: https://bit.ly/2yp8ADH

Live Chat Safer: https://www.Safer.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/Safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube: https://bit.ly/Safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here