Menerusi laporan Bernama, konsep Hospital Kluster di bawah Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu melibatkan hospital awam dan hospital swasta untuk melaksanakan pengoperasian secara hibrid.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan Hospital Kluster iaitu hospital awam (hospital kerajaan, hospital universiti awam dan hospital angkatan tentera) dan swasta akan beroperasi dalam merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 mengikut arahan yang akan dikeluarkan oleh KKM.
Daripada kenyataan laman media sosial Twitter KKM, sebanyak 96 hospital swasta telah bersetuju untuk menyediakan rawatan COVID-19 dengan jumlah katil setakat ini 1,252 katil, 65 katil ICU (Unit Rawatan Rapi) dan 54 mesin ventilator.
Menurut KKM lagi, bangunan kerajaan yang bersesuai akan dikenal pasti di negeri atau daerah sebagai pusat. Selain itu, memobilisasi anggota perubatan seperti jururawat dari hospital swasta khususnya yang mempunyai kepakaran tertentu untuk bertugas sementara di hospital awam.
Melihat kepada mekanisme pembiayaan pesakit COVID-19 oleh pihak insurans di hospital swasta, ianya sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan, KKM, Bank Negara Malaysia dan pihak insurans.
Sumber: Bernama, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dalam kesibukan pihak – pihak kerajaan dan frontliners menentang pandemik COVID-19 ini dari terus berleluasa. Keinginan untuk menyambung pelajaran dalam kalangan pelajar di musim PKP ini mesti sangat tinggi.
Hal ini dengan situasi PKP dan PKPB yang akan dilaksanakan selepas PKP tamat di Malaysia, kebanyakan pergerakan masih terkawal untuk membendung dari COVID-19 dari terus merebak.
Oleh itu, sekiranya pelajar mahu menyambung pengajian. Terutama sekali sambung belajar di luar negara, pelajar digalakkan untuk mendaftar menerusi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult membuka kemasukan pengajian ke Kursk State Medical University (KSMU), Rusia untuk sesi 2021.
Malah pengajian di KSMU adalah secara dalam talian di Malaysia. Sejajar dengan perlaksanaan PKP dan PKPB akan datang, pelajar masih boleh melanjutkan pengajian. Jika berminat layari laman web Daulah Educonsult untuk melakukan pendaftaran.
Atau klik borang permohonan untuk terus memohon.