Hampir setiap negeri di Malaysia mengalami peningkatan kes harian yang tinggi. Disebabkan berlaku peningkatan kes yang terlalu tinggi telah berlaku kebelakangan ini. Pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi seluruh negeri kecuali negeri Sarawak yang melakukan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKP yang dilakukan sebelum ini bermula dengan 6 negeri dan telah dilaksanakan ke seluruh negeri akibat peningkatan kes.

  1. PKP di Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan), Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Sabah. –  Bermula 13 Jan – 26 Jan 2021
  2. PKP di Kelantan. – Bermula 16 Jan – 26 Jan 2021.
  3. PKP di Daerah Sibu, Selangau dan Kanowit (Sarawak) – Bermula 16 Jan – 26 Jan 2021.
  4. PKP di Perlis, Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang. – Bermula 22 Jan – 4 Feb 2021.
BACA JUGA :   Kes COVID-19 Melebihi 5 Juta - Amerika Selatan Mendahului

Kes tahap 4 dan 5 iaitu kes pesakit kategori serius yang berada di hospital semakin meningkat kepada 15% ketika ini. Menerusi kenyataan media sosial Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ‘Mengikut data semasa, 238 pesakit sedang mendapat rawatan di ICU termasuk 96 menggunakan alat bantuan pernafasan.’

Seperti yang dijelaskan di atas, bagi kes tahap 4 dan 5 telah meningkat kepada 15% berbanding sebelum ini hanya 3%.

Peningkatan kes yang berlaku ini berpunca dengan pergerakan rentas daerah. Daripada kenyataan Twitter KKM, “Kes-kes hari ini adalah kesan pendedahan kepada COVID-19 dalam tempoh 14 hari sebelum 13 Jan 2021. Kesan PKP sepanjang 2 minggu inj akan dapat dilihat kesannya selepas 26 Jan 2021. – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah “

BACA JUGA :   Bank Makanan Peringkat Nasional: Ringankan Beban dan Elakkan Pembaziran

Disebabkan itu, setiap orang meatilah mematuhi PKP dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.

Elakkan 3S/3C.

  • Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
  • Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)

Amalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber: Twitter KKM, Kenyataan Akbar KPK, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here