PERMAI iaitu singkatan kepada Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia adalah antara inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat. Bantuan ini meliputi banyak matlamat yang berkaitan dengan COVID-19, kebajikan rakyat dan kelangsungan perniagaan.

matlamat utama permai
Sumber : Laman Khas Belanjawan 2021

Pakej PERMAI ini bernilai RM15 bilion dan merupakan penambahbaikan kepada pakej bantuan sedia ada dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif sedia ada. Tiga matlamat utama di atas mengandungi 22 inisatif yang dapat membantu rakyat dan negara mengharungi pandemik COVID-19.

  1. Memerangi wabak COVID-19

Kerajaan telah menambah dana sebanyak RM 1 bilion untuk memerangi wabak COVID-19 di negara Malaysia. Dana ini akan diagihkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan kepada agensi terlibat.

permai matlamat 1
Sumber : Laman Khas Belanjawan 2021

Penyediaan peruntukan ini ditumpukan kepada bekalan tambahan reagen dan kit saringan, serta peralatan PPE terutama kepada petugas kesihatan. Inisiatif ini juga merangkumi perkara berkaitan vaksinasi COVID-19, sistem kesihatan negara, kerjasama dengan hospital swasta dan saringan kesihatan pekerja.

BACA JUGA :   MySejahtera Bantu Kesan COVID-19.

2. Memeliharan Kebajikan Rakyat

Matlamat ini adalah untuk membantu dalam kelangsungan rakyat dalam menempuh kehidupan sewaktu pandemik berlaku. Perkara ini adalah antara usaha membantu rakyat yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan terutama kepada golongan yang mudah terjejas.

permai matlamat 2
Sumber : Laman Khas Belanjawan 2021

Inisiatif di bawah matlamat ini adalah percepat Bantuan Prihatin Rakyat, perkukuh program kebajikan, lanjutan moratorium dan ansuran pinjaman, tambah baik program i-Sinar KWSP, lanjutan tempoh pelepasan cukai gajet elektronik dan internet percuma, lanjut tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan dan lanjutan tempoh moratorium PTPTN.

3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Kerajaan sedia membantu dari segi mengurangkan beban yang ditanggung di dalam sektor ekonomi. Antara usaha yang dijalankan adalah tambah baik program subsidi upah, meneruskan Geran Khas Prihatin , bantuan one-off kepada pemandu teksi dan bas, percepat skim mikrokredit, rancakkan perniagaan dalam talian, tambah baik skim jaminan PRIHATIN Danajamin, penjadualan semula dan lanjutan tempoh moratorium Pinjaman MARA dan sewaan premis MARA, meneruskan pemberian diskaun bil elektrik, perkenal skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi serta tambahbaik Akta 829.

BACA JUGA :   Peranan Wakil Rakyat Perlu Untuk Mengembalikan Keyakinan Masyarakat
permai matlamat 3
Sumber : Laman Khas Belanjawan 2021

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan yang diberikan, rakyat boleh layari Portal Manfaat Belanjawan 2021 di http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat. Inisiatif dan bantuan daripada kerajaan ini diharapkan dapat membantu rakyat dan negara.

Sumber : Teks Ucapan Belanjawan 2021 Perdana Menteri

Anda mahu mendapatkan pendapatan tambahan sepanjang pandemik ini? Sertai komuniti Safer sebagai rakan penghantar atau rakan pemandu. Safer memahami kesusahan rakyat di kala PKP ini. Oleh itu, pihak Safer menjalankan program sifar penolakan caj komisen kepada semua rakan penghantar dan pemandu yang berdaftar di bawah Safer.

rider/driver safer

Segala maklumat tambahan anda boleh dapatkan di https://www.safer.my/.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here