Menerusi kenyatan laman sosial Twitter KKM, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu.
Kenyataan ini di ungkapkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
PKP tidak akan dilanjutkan berikutan kesan kepada ekonomi tetapi akan diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan untuk menurunkan angka kepada dua.
Menerusi Taklimat Media Darurat Covid-19 KKM yang disampaikan secara dalam talian, beliau berkata melihat kepada jangkaan kes, sebagai contoh semalam kes harian adalah sebanyak 3 048. Jika hendak dibandingkan berlaku penurunan pada jumlah kes harian semalam.
Beliau berharap agar dalam tempoh 2 minggu perlaksanaa PKP yang bermula pada 13 Januari, akan dapat mencapai kestabilan kes – kes harian dan elakkan daripada peningkatan.
Tambah beliau, selepas 27 Januari dijangkakan akan dapat dilihat penurunan kes. Beliau menjangkakan dengan perlaksaan PKP untuk tempoh 4 minggu, disusuli dengan PKPB untuk seterusnya kemungkinan untuk mencapai 2 angka kembali pada bulan Mei. Pada 11 Mei kemungkinan akan dicapai 2 angka.
Oleh itu, setiap rakyat Malaysia mestilah sentiasa mematuhi arahan kerajaan dan tidak melanggar SOP yang telah ditetapkan. Disebabkan itu, KKM turut menyarankan untuk semua mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.
Elakkan 3S/3C.
- Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
- Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
- Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)
Amalkan 3W.
- Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
- Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
- Beri amaran (warn) seperti ;
- Amalkan etika batuk dan bersin,
- Elak kunjung mengunjungi,
- Dapatkan rawatan jika bergejala dan
- Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Youtube Harian Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia
Perlaksanaan PKP bukanlah satu alasan buat para pelajar untuk tidak menyambung pengajian dan menuntut ilmu. Untuk makluman pelajar, Daulah Educonsult ada menawarkan kemasukan belajar di luar negara.
Sekiranya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara. Daftar menerusi Daulah Educonsult untuk mendapatkan tempat.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform untuk pelajar belajar ke luar negara.