Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS adalah bagi mereka yang bergejala rendah. Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan berlaku peningkatan kes harian COVID-19.
Beliau turut menjelaskan jika sehari kes harian adalah 3000 kes, 10% ke 15% akan di masukkan ke hospital. Mereka yang dimasukkan ke hospital adalah mereka yang berketegori 3, 4 dan 5.
Majoriti 85% adalah kategori 1 dan 2 atau mereka yang bergejala rendah. Kategori ini ialah mereka yang mempunyai simptom yang akan ditempatkan di PKRC.
Tambah beliau, pihaknya tidak dapat menampung semua kes positif buat masa ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, turut melihat kepada 3 penyelesaian. Yang pertama ialah kekalkan PKRC, MAEPS bagi mereka yang bergejala rendah.
Selain itu, melakukan kuarantin di rumah juga di pertimbangkan. Walaupun begitu, perlu memastikan keadaan rumah bersesuaian atau tidak, sama ada ada ruang dan sesuai untuk di kuarantin.
Selain itu, kumpulan umur dan juga kumpulan risiko, jika ia kumpulan berisiko tinggi pihak KKM tidak mengalakkan untuk mereka duduk di rumah. Bagi mereka yang bukan berisiko tinggi, kuarantin diri di rumah dan gunakan MySejahtera dan teruskan berkomunikasi dengan Jabatan Kesihatan Daerah.
Cara kedua ialah menggunakan hostel, sebagai contoh Kluster Teratai pihak KKM menggunakan hostel lelaki dan perempuan untuk menampung kes positif.
Cara ketiga pula ialah hotel, meletakkan mereka yang berkategori 1 dan 2. Jelas beliau, pihak KKM sudah pernah melakukannya sebelum ini di Negeri Sembilan, dengan 2 hotel yang telah dikenal pasti. Kes positif telah diletakkan di hotel dan bayaran dilakukan oleh majikan.
Sumber video : Youtube Harian Metro.
Kes harian COVID-19 di Malaysia masih tiada penurunan, kes COVID-19 yang direkodkan masih lagi berada di 4 angka. Pada Sabtu (23/1/2021) lepas, kes harian yang dicatatkan adalah yang tertinggi yang di rekodkan iaitu sebanyak 4 275 kes.
Walaupun begitu, jumlah kes pulih juga sangat tinggi pada sabtu lepas kes pulih adalah sebanyak 4 313 kes dan kes pulih yang dicatatkan semalam ialah sebanyak 4 427 kes. Untuk makluman anda, kes pulih semalam adalah kes pulih tertinggi yang pernah direkodkan.
Disebakan itu, setiap orang mestilah mematuhi PKP dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.
Elakkan 3S/3C.
- Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
- Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
- Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)
Amalkan 3W.
- Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
- Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
- Beri amaran (warn) seperti ;
- Amalkan etika batuk dan bersin,
- Elak kunjung mengunjungi,
- Dapatkan rawatan jika bergejala dan
- Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber : Youtube Harian Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia