Adakah anda berminat untuk sambung belajar di luar negara di dalam bidang perubatan? Jika ya, anda perlu baca artikel ini sehingga selesai.

Daulah Educonsult menawarkan pendaftaran kemasukan ke universiti di luar negara. Bidang yang ditawarkan adalah bidang perubatan.

Bagi anda yang meminati bidang sains kesihatan dan berminat untuk menjadi doktor atau pembantu kesihatan, anda boleh mendaftarkan diri bersama Daulah Educonsult sekarang.

Jika anda berminat untuk sambung pengajian di luar negara, anda boleh memilih untuk mendaftar ke universiti seperti di bawah :

  1. Kursk State Medical University, Rusia

Kursk State Medical University menawarkan pengajian di dalam bidang pra-perubatan, perubatan dan gerontologi. Ramai pelajar Malaysia yang menyambung pelajaran ke unversiti ini kerana yurannya yang bersifat “Lock Fee”.

Tidak hanya itu, anda dapat belajar di dalam bidang perubatan dengan suasana dan fasiliti yang terbaik. Pelajar juga dapat belajar dalam Bahasa Inggeris. KSMU membuka kemasukan sebanyak empat kali iaitu pada bulan Februari, April, Jun dan September. KSMU juga membuka tawaran ke peringkat Ijazah kepada pelajar lepasan SPM, O-Level dan setaraf dalam bidang pra-perubatan.

BACA JUGA :   Mencari Pengalaman Di luar Negara dengan Daulah Educonsult

2. Universitas Sumatera Utara, Indonesia

Jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di dalam bidang perubatan. Daulah Educonsult akan mengesyorkan supaya anda menyambung di sini. USU adalah universiti yang menawarkan pelbagai bidang sains kesihatan selain perubatan kepada pelajar Malaysia. Antara bidang lain yang ditawarkan adalah bidang farmasi dan pergigian.

3. Medical University of Warsaw, Poland

Universiti ini terletaknya di Warsaw, Poland. Jika anda ingin menjejakkan kaki ke Poland, anda boleh menjadi sebahagian daripada pelajar yang menuntut di sana. Medical University of Warsaw menawarkan bidang perubatan yang boleh anda pilih sebagai tempat untuk mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan.

4. Dhaka Medical College, Bangladesh

Jika dilihat pada namanya sahaja sudah menunjukkan bidang perubatan yang ditawarkan di universiti ini. Dhaka Medical College terletak di Dhaka, Bangladesh. Anda mungkin mampu untuk menjadi doktor yang baik kerana Dhaka Medical College menawarkan latihan praktikal yang bersesuaian dengan kerjaya sebagai seorang doktor. Namun begitu, kemasukan ke universiti di Bangladesh adalah pada bulan Januari.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Bidang Perubatan di Kursk State Medical University.

Jika anda mahu sambung belajar di luar negara, anda boleh melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult masih membuka pendaftaran kemasukan ke universiti bagi tahun 2021.

Jika anda berminat untuk menyambung pengajian di dalam bidang perubatan di luar negara, anda boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult di :

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here