Thaipusam adalah sebuah perayaan agama Hindu yang disambut pada setiap tahun pada bulan Januari. Perayaan ini disambut untuk meraikan dan memberikan penghormatan kepada Dewa Murugan mengikut kepercayaan agama Hindu.

Asal usulnya, Thaipusam disambut di dalam bulan “Thai” yang terdapat di dalam kalendar Hindu di mana hari sambutan jatuh pada hari bulan melintasi Bintang “Pusam”. Oleh itu, nama Thaipusam dibina berdasarkan kejadian ini.

Terdapat pelbagai mitos yang menceritakan bagaimana perayaan ini boleh berlaku. Tambahan daripada itu, Hari Thaipusam merupakan hari di mana penganut agama Hindu ini menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun.

Nazar juga dilakukan jika penganut mempunyai apa-apa hajat untuk ditunaikan oleh Dewa Murugan. Antara aktiviti lain adalah penganut mengisi belanga dengan susu dan dijunjung sewaktu di luar kuil sehingga ke dalam kuil.

Aktiviti yang sering menjadi bualan masyarakat Malaysia adalah aktiviti “menyeksa diri” oleh penganut ini. Kebanyakan aktiviti ini dilakukan sewaktu perayaan secara besar-besaran dilakukan di Batu Caves, Selangor.

BACA JUGA :   Ada Apa di Bumi Mesir ni? Perayaan & Festival?

Saban tahun, perayaan sambutan Thaipusam akan dirayakan dengan meriah lebih-lebih lagi di kawasan Batu Caves. Batu Caves yang terkenal dengan patung Dewa Murugan yang sangat besar itu sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu dan pelancong sewaktu perayaan Thaipusam.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlaku, hari perayaan Thaipusam secara besar-besaran telah dibatalkan. Namun, untuk memenuhi tuntuan agama terbabit, upacara pergerakan pedati tetap dilakukan dengan prosedur operasi standard yang ketat.

Bermula semalam, jalan di Batu Caves iaitu jalan susur ke Kuil Batu Caves dari arah Bulatan Batu Caves, jalan susur MRR2 ke Jalan Perusahaan Batu Caves, simpang Jalan Perusahaan ke Bulatan Batu Caves, jalan ke tempat mandian utama, Sungai Batu Caves ditutup untuk pergerakan pedati.

Jalan-jalan tersebut akan dibuka semula pada hari esok, 29 Januari 2021 pada 6.00 pagi. Penutupan jalan yang diadakan adalah untuk pihak petugas yang terlibat membawa Arca Dewa Murugan.

BACA JUGA :   PKP Disambung Sehingga 4 Februari 2021.

Namun begitu, orang ramai tidak dibenarkan untuk menyertai pergerakan terbabit. Pihak berkuasa mengawal dengan ketat perarakan terbabit untuk memastikan SOP dipenuhi. Kebanyakan kuil akur dengan perintah kerajaan untuk tidak melakukan upacara besar-besaran.

Kuil-kuil di kawasan PKP hanya dibuka dengan membenarkan lima orang petugas sahaja. Ketiadaan perayaan ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada penganut Hindu lebih-lebih lagi kepada penganut yang menjalankan perniagaan sewaktu perayaan diadakan.

Sumber: Metro, Sinar Harian

Jika anda adalah golongan yang terkesan akibat PKP. Anda boleh sertai Safer dengan menjadi rakan penghantar dan rakan pemandu. Safer menjalankan promosi sifar caj penolakan yang mampu membantu para rider dan driver. Anda juga boleh jana pendapatan pasif bersama Safer.

Segala maklumat berkaitan peluang ini anda boleh dapatkan di live chat Safer https://www.safer.my/ dan jika anda berminat, pendaftaran boleh dilakukan di http://tinyurl.com/ycetm3vh.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here