Adakah anda seorang peniaga makanan yang mahu mengembangkan perniagaan anda ke peringkat yang seterusnya? Apa kata anda mendaftarkan perniagaan anda dengan Safer Food Merchant sebagai vendor.

Safer menjalankan kempen sifar caj penolakan kepada anda yang mendaftarkan perniagaan anda sebelum 28 Februari 2021 ini. Anda akan mendapatkan keuntungan bersih hanya di Safer! Tiada langsung caj penolakan yang akan dikenakan sehingga 28 Februari 2021 ini.

Jika anda masih belum mendaftarkan perniagaan anda di SaferFood Merchant, anda boleh lakukannya sekarang. Safer membuka peluang kepada semua peniaga kecil, warung, home-kitchen, food-truck dan restoran untuk meluaskan lagi perniagaan makanan anda.

Bagaimana caranya untuk mendaftar? Ikuti langkah-langkah yang berikut :

  1. Daftarkan peniagaan anda di https://www.safer.my/sign-up-restaurant.

    Anda boleh mengisi segala maklumat yang diperlukan dan seterusnya anda dikehendaki untuk menghantar butiran perniagaan seperti :
    ? Salinan kad pengenalan peniaga
    ? Lesen perniagaan
    ? Sijil halal perniagaan
    ? Lesen daripada SSM

    Dalam pada itu, anda juga akan dikehendaki untuk menetapkan segala maklumat berkaitan perniagaan anda seperti :
    ? Lokasi perniagaan
    ? Waktu perniagaan beroperasi
    ? Menu makanan atau minuman yang dijual
    ? Harga makanan atau minuman yan dijual
    ? Nombor akaun bank

2. Setelah mengisi dan memberikan segala butiran, anda perlu menunggu pihak Safer untuk mengaktifkan akuan anda.

3. Jika telah diaktifkan, anda boleh memuat turun aplikasi Safer Food Merchant di telefon pintar anda.

 

4. Setelah aplikasi sudah tersedia dan maklumat perniagaan anda juga sudah lengkap, anda kini boleh berniaga secara dalam talian!

Selain tidak dikenakan caj penolakan ketika berniaga, terdapat beberapa kelebihan lain yang akan anda perolehi jika berniaga bersama Safer.

Antara kelebihan yang ada ialah :

  • Tiada caj pendaftaran yang akan dikenakan
  • Masa operasi yang boleh dijadualkan mengikut kehendak anda
  • Penghantaran makanan akan dikendalikan oleh Safer Delivery Partner
  • Data perniagaan boleh disemak di dalam aplikasi
  • Akaun perniagaan akan dipegang sepenuhnya oleh peniaga

Jika anda berminat untuk menjadi vendor di Safer Food Merchant, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda sekarang! Namun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh ajukan ke :

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here