Penternakan arnab semakin lama semakin menjadi pilihan bagi penternak di luar bandar. Bidang penternakan yang selalunya diusahakan oleh ‘anak’ Felda memberikan pulangan atau pusingan ekonomi yang memberangsangkan.
Daging arnab juga menjadi salah satu makanan pilihan kepada golongan yang mahu menjaga pemakanan. Perkara ini disebabkan oleh kandungan kolestrol dan lemak yang rendah di dalam daging arnab.
Tidak hanya itu, daging arnab juga mempunyai sumber protein yang tinggi di dalam 100 gram berbanding daging yang lain. Khasiat yang terkandung di dalam daging arnab adalah sangat baik untuk kesihatan dan badan manusia.
Oleh itu, jika anda adalah seorang peniaga atau seorang suri rumah yang mahu mencuba sesuatu yang baharu. Anda boleh melakukannya dengan menambah menu masakan yang baharu atau produk jualan tambahan.
Anda boleh membeli daging arnab secara seekor atau secara pukal menerusi syarikat Arnab Daulah. Syarikat Arnab Daulah merupakan syarikat pembekal yang menjalankan perniagaan membekalkan daging arnab segar kepada pengguna.
Tidak hanya membekalkan daging arnab kepada pengguna. Arnab Daulah juga membekalkan produk berasaskan daging arnab seperti bebola daging arnab dan burger daging arnab.
Selain itu, syarikat Arnab Daulah juga membekalkan produk berasaskan arnab seperti baja kompos arnab, fertilizer daripada urine arnab dan bulu arnab. Anda boleh mendapatkan segala bekalan dan membeli produk-produk yang ditawarkan menerusi laman sesawang Arnab Daulah.
Segala pengurusan dan tempahan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. Laman sesawang Arnab Daulah juga mempunyai bahagian resepi daging arnab yang boleh anda rujuki.
Jika anda berminat untuk mendapatkan bekalan daging arnab atau produk di Arnab Daulah, anda boleh berhubung dengan pihak Arnab Daulah di
Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322