Perniagaan makanan anda terjejas akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Jangan khuatir, Safer sedia menyediakan platform kepada anda supaya anda boleh terus berniaga.
Tidak hanya menyediakan platform menjual makanan secara dalam talian. Safer juga membuka peluang kepada anda untuk terus berniaga sepanjang PKP berlangsung. Jika sebelum ini anda tidak pernah menjalankan perniagaan secara dalam talian, maka rebut peluang ini sekarang.
Peluang ini terbuka kepada semua peniaga kecil terutama warung, peniaga trak makanan, home-kitchen, dan restoran. Safer Food Merchant juga memberikan perkhidmatan Safer Delivery Partner supaya dapat menghantar pesanan makanan yang telah dipesan.
Safer tidak akan menolak sebarang caj penolakan komisen sepanjang PKP dilaksanakan. Perkara ini menyebabkan anda boleh berniaga bersama Safer dengan percuma! Safer juga tidak akan mengenakan apa-apa bayaran kepada anda sewaktu mendaftar.
Jangan bersedih lagi dan cuba kembangkan perniagaan anda secara dalam talian. Pendaftaran untuk menjadi vendor di Safer boleh dilakukan secara dalam talian juga iaitu di https://www.safer.my/sign-up-restaurant.
Terdapat beberapa dokumen yang diperlukan saat melakukan pendaftaran. Antara dokumen yang diperlukan adalah:
- Sijil Halal
- Sijil perniagaan
- Sijil daripada SSM
- Salinan maklumat akaun bank
Pengaktifan untuk akaun anda akan dilaksanakan dalam masa 24 jam pada hari bekerja. Pelbagai maklumat umum berkaitan perniagaan anda yang boleh ditetapkan seperti:
- Lokasi premis perniagaan yang dijalankan.
- Waktu perniagaan beroperasi.
- Menu berserta gambar makanan atau minuman yang dijual.
- Harga makanan dan minuman.
Vendor di Safer juga mempunyai aplikasi yang mudah untuk digunakan oleh pihak peniaga. Aplikasi tersebut boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store.
Google Play StoreĀ https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple App Store
https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Melalui aplikasi ini, peniaga boleh memantau perjalanan akaun atau menerima pesanan daripada pelanggan. Akaun ini akan dipegang sepenuhnya oleh pihak peniaga dan boleh diedit mengikut kesesuaian yang diperlukan.
Terdapat juga ciri keselamatan seperti butang ‘ON’ jika peniaga mahu berehat daripada menerima tempahan daripada pelanggan. Apabila sudah bersedia semula, peniaga boleh mengubah tetapan seperti yang dimahukan.
Jika anda mempunyai sebarang kesukaran ketika mendaftar, anda boleh mengikuti kelas yang dijalankan oleh Safer Food Merchant. Anda boleh memilih slot yang bersesuaian dan menempah kelas tersebut di https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood.
Namun, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menginginkan maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pautan di bawah:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup