Semalam telah berlangung satu lagi perutusan khas daripada Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Perutusan khas tersebut adalah sebuah penjelasan terkini kepada situasi Darurat berserta pandemik COVID-19 di Malaysia.

Kandungan yang terdapat di dalam perutusan terbabit adalah untuk menegaskan bahawa Darurat yang telah dijalankan di negara ini adalah bertujuan untuk memulihkan negara daripada cengkaman virus COVID-19.

Apa yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah semua pihak perlu berganding bahu untuk membendung penularan COVID-19 serta melandaikan lengkungan kes positif. Perdana Menteri Malaysia juga berkata, perbezaan politik perlu diketepikan buat masa ini untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Dalam pada itu, apa yang telah mendapat perhatian adalah informasi berkaitan vaksin bagi COVID-19. Terdapat sebuah program yang bakal dilancarkan iaitu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan.

BACA JUGA :   Menarik ! Air terjun boleh ubah objek jadi batu

Program ini bertujuan untuk memastikan semua rakyat mendapatkan akses kepada vaksin COVID-19 ini. Melalui perutusan yang telah dilakukan, YAB PM telah menyampaikan bahawa Malaysia telah menempah vaksin COVID-19 dengan penghantaran bekalan vaksin tersebut dijadualkan tiba di dalam bulan ini.

Vaksin yang bakal sampai ini melibatkan vaksin keluaran syarikat Psizer dan BioNtech dengan jumlah keberkesanan sebanyak 95%. Dengan kehadiran vaksin yang telah ditempah, kerajaan akan menjalankan segera Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula hujung bulan ini.

Kerajaan menjangkakan seramai 80% atau 26.5 Juta penduduk Malaysia menerima vaksin ini secara percuma. Pemberiaan vaksin ini mempunyai sebanyak 3 fasa pelaksanaan.

  • Fasa Pertama melibatkan golongan frontliners, sama ada petugas kesihatan atau bukan kesihatan.
  • Fasa Kedua melibatkan golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan goloongan rentan dan melibatkan golongan yang mempunyai masalah morbiditi.
  • Fasa Ketiga pula melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas yang merupakan baki daripada dua fasa terawal.
BACA JUGA :   Jom Kenali Universiti Terbaik bagi pelajar lepasan STAM !
Sumber: BERNAMA

Sumber: Perutusan Khas YAB PM

Dengan adanya vaksin yang bakal tiba dan diberikan secara percuma kepada rakyat. Diharapkan pandemik COVID-19 ini beransur pergi dan kita boleh menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Malaysia mencatatkan sejumlah 4,571 kes positif baharu pada 4 Februari 2021, semalam.

Jana Pendapatan Bersama Safer

Jana pendapatan sampingan dikala Perintah Kawalan Pergerakan bersama Safer. Jika anda merupakan antara golongan yang terkesan, anda boleh mendaftar sebagai rider Safer dan menjadi Safer Delivery Partner dan menjadi sebahagian daripada frontliners Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut anda boleh ke laman media sosial Facebook Safer di https://www.facebook.com/saferasia/ atau laman sesawang rasmi Safer di https://www.safer.my/.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here