Kepada semua peniaga makanan dan minuman di luar sana, anda juga kini boleh mengaut keuntungan bersih secara dalam talian! Bagaimana caranya?

Daftar sebagai vendor di Safer Food Merchant sekarang! Safer membuat promosi di mana anda tidak akan dikenakan sebarang caj komisen. Jika anda berniaga menerusi platform dalam talian di Safer, anda tidak akan dikenakan apa-apa caj.

Promosi ini diadakan bersempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Pihak Safer menunjukkan keprihatinan kepada semua peniaga makanan dan minuman di luar sana yang terkesan akibat PKP ini.

Pendaftaran ini dibuka kepada semua peniaga kecil seperti peniaga warung, peniaga trak makanan, home-kitchen dan restoran. Jika anda mempunyai segala butiran di bawah, anda layak untuk mendaftar bersama Safer Food Merchant.

Syarat atau dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran :

  1. Kad pengenalan peniaga
  2. Lesen perniagaan
  3. Sijil halal perniagaan
  4. Lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  5. Akaun bank perniagaan
BACA JUGA :   Ayuh Wanita Sertai Safer

Jika anda mempunyai segala butiran dan dokumen yang diperlukan untuk mendaftar, anda boleh membuat pendaftaran di https://www.safer.my/sign-up-restaurant.

Sewaktu membuat pendaftaran, anda juga boleh mengisi segala tetapan dan butiran berkaitan perniagaan anda. Antara tetapan yang diperlukan adalah:

  1. Waktu operasi perniagaan (Hari dan Masa)
  2. Lokasi premis perniagaan
  3. Menu berserta gambar makanan
  4. Harga makanan berserta minuman

Banyak kelebihan yang boleh anda perolehi jika anda mendaftar bersama Safer. Anda boleh mendaftar secara percuma dan menjalankan perniagaan di dalam talian secara percuma (mengikut tempoh yang ditetapkan).

Safer memiliki delivery partner yang akan menguruskan penghantaran makanan untuk perniagaan anda. Peniaga boleh menyemak dan menganalisa data di dalam aplikasi Safer Food Merchant.

BACA JUGA :   Promosi Hingga Hujung Tahun Kepada Semua Pengguna Safer!

Aplikasi Safer untuk peniaga boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store.

Untuk pengguna Android: https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Untuk pengguna iOS: https://bit.ly/SaferFood-AppStore

Peniaga juga boleh mengubah tetapan di dalam aplikasi sekiranya peniaga mahu berehat daripada mendapatkan permintaan secara dalam talian. Apabila sudah bersedia, peniaga boleh menetapkan semula butang ‘on’ di dalam aplikasi tersebut.

Safer juga mempunyai kelas yang dibuka kepada peniaga jika peniaga mempunyai kesulitan untuk mendaftar. Kelas bersama Safer Food Merchant boleh ditempah di https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood.

Jika anda berminat untuk berniaga secara dalam talian bersama Safer dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here