Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

Memandangkan Modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah diperkenalkan sejak pandemik COVID-19 bermula. Oleh itu, pelbagai cara yang telah dibincangkan untuk memastikan pelajar di Malaysia menerima pendidikan formal dengan berkesan.

Berikutan perkara ini, pada tanggal 17 Februari 2021, Majlis Pelancaran Saluran DidikTV KPM telah dilakukan. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

DidikTV

DidikTV ini dilancarkan bagi menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan dan betapa mereka komited untuk membantu para pelajar yang terkesan akibat ketiadaan kelas secara bersemuka. Jika sebelum ini para pelajar boleh hadir ke sekolah dan belajar, namun akibat PKP, tidak semua pelajar dibenarkan untuk ke sekolah.

Sebelum ini pelajar perlu untuk menjalani PdPR dengan cara menyertai kelas dalam talian yang dilakukan oleh guru-guru, kini terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan. Perkara ini sangat membantu kepada mereka tidak mempunyai akses internet dan peranti elektronik yang sesuai untuk pembelajaran.

BACA JUGA :   PEMBELAJARAN PENUH MENGGUNAKAN E-BOOK MENJELANG 2022

Dengan adanya DidikTV ini, ia boleh diakses tidak kira apa jua latar belakang pelajar. Program ini disiarkan bermula 17  Februari 2021 di saluran 107 TV Okey RTM, saluran 147 Tutor TV Astro dan saluran ntv7 TV UNIFI.

Saluran khusus TV pendidikan ini akan disiarkan dari jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam. Program ini dikatakan sarat dengan pembelajaran bercorak edutainment serta kandungan pembelajaran dihasilkan oleh murid.

Saluran ini juga berlandaskan kurikulum dan kokurikulum daripada Kementerian Pelajaran Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehingga Tingkatan 6.

Sejarah TV pendidikan testerial yang pernah dicatatkan adalah ianya pernah mula disiarkan sekitar tahun 1972 kemudian ditamatkan pada tahun 2009. Pada tahun tersebut, penggunaan jalur lebar, internet sudah mula memasuki Malaysia.

BACA JUGA :   Menteri Pelajaran Gesa Naib Canselor Yang Pro-BN Supaya Letak Jawatan

Sumber : Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia

Adakah anda lepasan SPM, O-Level, IGSCE, STPM, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain dan mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di luar negara? Daftar kemasukan ke institusi pengajian tinggi luar negara ini bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan platform pemudah cara yang dapat membantu anda untuk melanjutkan pengajian di luar negara. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah perubatan, pergigian, kejuruteraan pesawat, usuluddin, syariah dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here