Semalam, 24 Februari 2021, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan beberapa lagi perkara berkaitan prosedur operasi standard (SOP) PKP. Beliau telah mengulas berkaitan isu tular di mana seorang kanak-kanak berumur setahun telah dikenakan kompaun oleh pihak pengurusan kondominium.

Perkara ini telah mendatangkan kemaharan orang ramai kerana mereka mengetahui kanak-kanak yang masih kecil tidak digalakkan untuk memakai pelitup separuh muka. Perkara ini dikatakan kerana bimbang kanak-kanak kecil ini akan mengalami kesesakan nafas.

Dengan itu, Menteri Kanan (Keselamatan) telah membatalkan saman yang dikenakan dan memberitahu bahawa pihak pengurusan perumahan tidak mempunyai hak untuk mengenakan kompaun atau saman ke atas kesalahan pelanggaran SOP PKP.

BACA JUGA :   Perintah Kawalan Pergerakan Dikenakan Di Seluruh Negeri Kelantan.

Selain daripada itu, apa yang menarik perhatian adalah jumlah kompaun maksimum telah dinaikkan.

Sebelum ini, sesiapa (individu atau organiasasi) yang melanggar SOP akan dikenakan kompaun maksimum sehingga RM1,000. Kini, akan dikuat kuasa pada 11 Mac 2021, nilai kadar maksimum kompaun adalah sebanyak RM10,000 bagi individu dan RM50,000 bagi syarikat atau organisasi.

Perkara ini telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021. Perubahan ini telah dinyatakan oleh Pejabat Peguam Negara.

Antara kesalahan SOP PKP yang boleh dikenakan kompaun adalah:

  • Tiada penjarakan sosial.
  • Tidak memakai pelitup separuh muka.
  • Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran.
  • Gagal sediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan.
  • Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran.
  • Membuka pusat aktiviti hiburan/pelacuran/rumah urat.
  • Dan lain-lain mengikut SOP jenis setiap perintah kawalan pergerakan.
BACA JUGA :   COVID-19 : PKP 2.0 Bermula 13 Januari 2021

Sumber: Sinar Harian, Metro

Ingin jana pendapatan di musim PKP? Sertai Safer sebagai rakan penghantar atau pemandu. Tiada caj penolakan komisen akan dikenakan sepanjang PKP berlangsung.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Klik mana-mana pautan di bawah untuk berhubung terus dengan pihak Safer.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here