Universitas Sumatera Utara merupakan sebuah universiti awam yang terletak di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Universiti ini telah dibangunkan pada tahun 1952 untuk memenuhi kehendak pendidikan masyarakat Indonesia.

Kini, terdapat lebih daripada 10 Fakulti yang telah dibina di USU. Fakulti tersebut merangkumi bidang sains kesihatan, sains sosial, sastera, undang-undang, seni bina dan lain-lain lagi.

Namun begitu, USU terkenal sebagai universiti yang menjalankan pengajian perubatan terbesar dan terbaik di Indonesia. Antara bidang yang ditawarkan kepada pelajar adalah bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Tempoh pengajian bagi bidang Perubatan adalah selama 5 tahun, bidang Pergigian 5 tahun dan bidang Farmasi selama 4 tahun.

Untuk memasuki USU, pelajar perlu mempelajari subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan bagi lepasan SPM dan memperoleh minimum B bagi semua subjek. Bagi lepasan Asasi, Matrikulasi dan setaraf, pelajar perlu mencapai minimum 3.0 CGPA.

BACA JUGA :   Berimpian belajar luar negara? Daulah Educonsult bantu anda !

Pembelajaran di USU adalah sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris. Namun, disebabkan Malaysia dan Indonesia adalah masyarakat serumpun, bahasa yang digunakan mungkin tidak jauh beza. Tawaran pengajian juga adalah untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Jika pelajar berminat untuk sambung belajar ke USU di dalam bidang Perubatan, Pergigian atau Farmasi, pelajar boleh berhubung dengan Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat pendaftaran.

Andai kata pelajar juga mempunyai keputusan selain daripada syarat yang telah ditetapkan, pelajar juga boleh menghubungi Daulah Educonsult untuk mendapatkan sesi konsultasi secara percuma.

Berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut? Klik mana-mana pautan di bawah.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

BACA JUGA :   KSMU Tawar Pengajian Dalam Bidang Perubatan Secara Online Semasa Pandemik COVID-19.

Berminat Sambung Belajar ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here