Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan di mana kerajaan bersetuju untuk menetapkan had harga siling bagi petrol RON95 dan diesel. Harga siling yang telah ditetapkan tersebut bernilai RM2.05 bagiĀ seliter petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.
Langkah ini dilakukan untuk melindungi pengguna iaitu rakyat daripada terkesan dengan kenaikan harga minyak global. Harga siling tersebut dikatakan lebih rendah berbanding harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2019.
Perbezaan nilainya adalah 3 sen bagi petrol RON95 dan diesel. Peruntukan subsidi akan diberikan bagi menampung perbezaan harga pasaran dengan harga runcit yang ditetapkan secara mingguan.
Susulan peningkatan permintaan terhadap minyak mentah dunia yang dipengaruhi oleh pembukaan semula beberapa sektor ekonomi, harga pasaran sebenar petroleum semakin meningkat. Langkah pengurangan harga siling ini diambil bagi memelihara kesejahteraan rakyat.
Sumber: BERNAMA
Berminat untuk menyambung pengajian di dalam bidang perubatan? Daftar kemasukan ke universiti terbaik di Rusia iaitu Kursk State Medical University (KSMU).
KSMU menawarkan tempat kepada semua lepasan SPM, O-Level, IGCSE, STPM, Diploma, Asasi, Matrikulasi dan setaraf. Apa yang penting adalah pelajar mengambil subjek sains tulen seperti Biologi, Fizik dan Kimia. Sebarang maklumat tambahan, anda boleh layari laman sesawang Daulah Educonsult atan Facebook Rasmi Daulah Educonsult.