Baru-baru ini, viral isu berkaitan cara penurunan berat badan yang dikatakan sangat efektif iaitu secara pembedahan Bariatrik. Apakah pembedahan Bariatrik yang sebenarnya?

Pembedahan bariatrik adalah satu kaedah pembedahan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan di samping menormalkan paras gula di dalam darah. Pembedahan ini sering dilakukan oleh golongan yang menghidap obesiti.

Obesiti merupakan penyakit yang mampu untuk memberikan penyakit lain seperti diabetes, darah tinggi, kadar lemak dalam darah meningkat dan lain-lain. Penyakit ini pula boleh membawa kepada komplikasi sakit jantung, strok, dan penyakit buah pinggang kronik.

Menurut kajian, seseorang yang mempunyai obesiti akan berjaya menurunkan berat badan dan berjaya untuk mengelak daripada diabetes. Berikut merupakan jenis pembedahan bariatrik yang ada:

  1. Pembedahan Gastrik
  2. Pembedahan Lengan Gastrik
  3. Pembedahan Jalur Gastrik Boleh Laras
  4. Pembedahan Suis Duodenal
  5. Pembedahan Alat Implan Elektrik
  6. Pembedahan Belon Gastrik
BACA JUGA :   Kandungan Nutrisi Kurma Kepada Kesihatan Yang Jarang Diketahui Ramai

Setiap pembedahan mempunyai kesan sampingan yang berbeza. Untuk mengetahui lebih lanjut, adalah lebih baik jika anda berhubung terus dengan penasihat kesihatan anda.

Berikut merupakan antara kelebihan jika membuat pembedahan bariatrik bagi anda yang mempunyai masalah obesiti.

  • 60% daripada berat badan berjaya diturunkan
  • Status kesihatan menjadi lebih baik
  • Risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular berkurang
  • Rawatan pembedahan lebih berkesan berbanding rawatan lain seperti mengambil ubat-ubatan atau suplemen
  • Kadar kematian akan berkurang

Setiap kelebihan yang ada pasti akan ada kekurangannya yang tersendiri, antara risiko yang akan diterima oleh pesakit adalah:

  • Pendarahan
  • Jangkitan pada luka pembedahan
  • Mengalami penyakit hempedu
  • Kekurangan nutrisi seperti zat besi, vitamin B12, D dan kalsium
BACA JUGA :   Malaysia Bakal Bina Kilang Vaksin Halal Pertama Dunia

Bagi pesakit yang menjalankan pembedahan ini, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan sewaktu pembedahan dan pengamalan diet yang sihat dan seimbang diperlukan. Selepas pembedahan dilakukan, pesakit akan mengalami gejala seperti cepat berasa kenyang atau kurang berasa lapar.

Sumber: Hello Doktor, Majalah Sains

Berminat untuk lanjut pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University, Rusia? Ayuh daftar kemasukan ke universiti ini menerusi Daulah Educonsult. Pelbagai kelebihan yang anda akan perolehi jika menjadi pelajar di KSMU.

Untuk ketahui syarat kemasukan atau cara pendaftaran, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here