Khasiat Mandi Wap Herba:

mandi

Amalan mandi wap Herba atau sauna dapat memberikan kesan positif kepada tubuh anda. kerana wap tersebut akan memasuki rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ dan akan memberi kesan tidak balas kepada tubuh badan manusia.

Mandi Wap Herba berfungsi memanaskan seluruh anggota, melancarkan pengairan darah. Kesan panas juga akan melegakan otot-otot dan menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas tubuh badan. Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran dalam kulit, menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan menghilangkan kelemumur. Mengamalkan mandian wap dan sauna ini  boleh menggantikan sel-sel kulit yang telah mati dan memberikan kesegaran kepada kulit anda tau.

mandi

Namun, masih ramai lagi yang bertanya, apakah itu mandian Wap Herba?

Mandian herba adalah satu proses penjagaan kesihatan dengan mengeluarkan toksin badan melalui rawatan yang diamalkan sejak turun-temurun secara memanaskan seluruh badan dengan wap daripada rebusan ramuan ratusan herba terpilih.

Asal-usul mandian wap ini bermula sejak Nabi Sulaiman bin Daud a.s. Baginda adalah orang yang mula-mula menjalaninya dan Puteri Balqis adalah pesakit pertama yang dirawat oleh baginda. Kemudian ia berkembang maju pada zaman Yunani hingga sampai ke zaman kelahiran Islam. Baginda Rasulullah SAW telah melakukan pembaharuan seperti memakai kain dan berdoa sebelum ke bilik rawatan.

Mandi Wap Herba dapat membuka liang-liang roma serta melembutkan urat saraf yang tegang, otot-otot dan pembuluh darah dan membakar lemak yang berlebihan dalam badan.

Mandi wap Herba amat sesuai diamalkan oleh mereka yang sihat dan ingin mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan. Seterusnya, bagi mereka yang berpenyakit dapat membantu melegakan dan membantu baik pulih penyakit serta meningkatkan tenaga. Ia juga sesuai kepada mereka yang gemar bersukan.

mandi

Mandi wap Herba dapat melegakan penyakit seperti, urat saraf dan otot-otot, penyakit berpunca daripada tabiat pemakanan, wanita selepas bersalin, penyakit kulit, demam dan selsema, melegakan buasir, dan penyakit kuning.

Namun, tidak semua orang sesuai ye untuk mandian wap herba ini. Perlu diingatkan! bagi golongan warga emas, kanak-kanak 15 tahun ke bawah, wanita dalam haid, mereka yang mengalami cirit birit dan mereka yang beru lepas makan (masih kenyang) adalah dilarang sama sekali. Ini bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan kepada tubuh badan anda.

Memang terbukti bahawa mandi wap ini banyak khasiat dan kelebihan tersendiri. Ia dapat membersihkan secara terperinci kulit dan menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin. Dapat mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.

mandi

Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminium, cadmium, lead dan mercury. Selain itu, ia dapat mengurangkan kesakitan anggota badan seperti sakit urat, sendi, sengal-sengal tulang dan lain-lain manfaat.

Mandi wap ini juga dapat meningkatkan sistem kardiovascular, menghilangkan tekanan dan perehatan otot, melancarkan peredaran darah, meningkatkan sistem immunisasi badan, mengurangkan masalah prostrate bengkak pada lelaki serta meningkatkan tahap metabolism.

mandi

Jadi, terpulang kepada anda untuk merasai mandian wap biasa atau berherba. Yang penting! terbukti baik untuk kesihatan dan kecantikan anda diluar sana.

Sumber: BE HEALTHY

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here