sakit sendi

Sakit sendi terjadi disebabkan oleh kecederaan pada ligament atau tendon yang menyelaputi sendi. Ia juga berlaku apabila terjadi radang pada sendi seperti arthritis, osteoarthritis dan gout. Kesakitan pada sendi membuatkan anda sukar untuk bergerak, lebih perit lagi apabila tidak mampu bergerak sendiri disebabkan kecederaan bertambah teruk.

 

Loading...

Biasanya, apabila berasa sakit pada sendi ramai yang akan mengambil langkah memakan ubat tahan sakit. Tapi ubat tersebut hanya bertahan sementara waktu iaitu sekadar memberi kelegaan untuk tempoh yang sangat singkat.

Sebenarnya anda boleh mengamalkan gaya pemakanan yang sihat untuk mengelakkan sakit sendi. Selain itu, mereka yang sering mengalamai sakit sendi disarankan untuk mengurangkan berat badan, kerana sendi akan mula sakit apabila terpaksa menampung berat badan dari yang sepatutnya.

Oleh itu, terdapat 5 jenis makanan yang boleh anda amalkan selepas ini dan dapat membantu mengurangkan radang pada bahagian sendi lutut serta sebagai anti-oksidan.

#1. Soya

Mengambil makanan atau minuman soya yang bebas bahan kimia, seperti makanan berasaskan soya termasuklah tempe dan kacang siya itu sendiri.

Soya di dalam supplement ESP merupakan serbuk soya yang tidak diubah secara genetik. Ia tidak mengandungi bahan kimia dan pemprosesannya juga tidak melibatkan alkohol. ESP juga terbukti secara kajian saintifik sejak tahun 1951.

 

#2. Buah-buahan

Mungkin sebelum ini anda selalu mengambil buah-buahan tetapi tidak mengetahui akan manfaat buah-buahan tersebut. Sekiranya anda sudahpun mengamalkannya, teruskan dan jangan berhenti melakukannya. Vitamin C yang terkandung dalam buah-buahan adalah sumber terbaik untuk anti-oksidan dan mengelak osteoarthritis. Buah yang mengandungi vitamin C termasuklah buah mangga, betik, oren dan kiwi.

 

#3. Ikan

Ikan mengandungi banyak protein dan gizi yang baik untuk tubuh manusia. Minyak ikan juga mengandungi Omega yang membantu melegakan kesakitan pada sendi dan kebas yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis. Asid lemak omega-3 dalam ikan turut melindungi tulang rawan daripada haus.

 

#4. Rempah Dan Herba

Anda pasti sudah arif dengan khasiat yang terkandung dalam kebanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga bahan makanan lain tetapi jarang ambil tahu berkenaan rempah ratus yang menjadi bahan perisa dalam amalan pemakanan seharian kita.

Bagi menu orang Asia, tentunya penggunaan rempah dan herba antara satu kemestian dalam hidangan lazim seperti rendang, kari, acar sehinggalah penyediaan kuih muih tradisional. Rempah ini mengandungi vitamin A, vitamin C, magnesium, serat, zat besi, kalsium dan banyak lagi yang mampu memberi kesihatan pada tubuh anda.

 

#5. Buah Dan Tumbuhan Yang Kaya Dengan Polyphenol

Polyphenol adalah merupakan sejenis bahan yang terkandung secara semulajadi di dalam buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Polyphenol ini adalah anti-oksidan dan anti-radang yang terdapat dalam tumbuhan seperti anggur, lobak ungu, dan buah European elderberry.

sakit sendi

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here