PKP 2.0 yang kedua telah mahu sampai ke penghujungnya. Namun, kerajaan kini bercadang untuk melanjutkan lagi pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP di beberapa negeri yang terlibat. Penguatkuasaan akan berlangsung daripada 20 Februari sehingga 4 Mac 2021.

Sebelum ini, kerajaan telah memutuskan untuk hanya membenarkan rakyat bergerak hanya 10 kilometer dari kawasan kediaman. Namun, sekatan ini sudah ditarik balik berikutan banyak sektor perniagaan yang sudah boleh dibuka.

Tambahan daripada itu, sekatan rentas daerah dan negeri masih lagi berlangsung. Hanya pergerakan sahaja yang sudah tidak diterhadkan.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Selain daripada itu, perubahan status pelaksanaan Perintah Kawalan juga telah diaplikasikan ke atas beberapa negeri.

BACA JUGA :   Kerajaan Tetapkan Harga Siling Bagi RON95, Diesel Untuk Kemudahan Rakyat.

Negeri yang kekal dengan PKP: Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Negeri yang dikenakan PKPB: Sabah, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu, Perak, Labuan dan WP Putrajaya.

Negeri yang dikenakan PKPP: Perlis.

Meskipun kes sembuh semakin meningkat, dilihat kes positif COVID-19 masih tinggi kerana ia masih menjangkau empat angka.

Berikutan perkara ini, kerajaan telah mengeluarkan sebuah lagi kenyataan berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Melalui ucapan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikatakan vaksin dari syarikat Pfizer akan tiba di negara ini pada 21 Februari 2021.

Oleh yang demikian, pelaksanaan pemberian vaksin akan dilaksanakan seperti yang dirancang iaitu pada 26 Februari 2021. Vaksin tersebut akan diberikan mengikut fasa yang telah diberikan iaitu bermula dengan petugas barisan hadapan serta Perdana Menteri sendiri.

Fasa pertama ini dijangka akan berakhir pada April 2021 dan seterusnya disambung dengan fasa kedua lalu fasa ketiga. Pada masa yang sama, kerajaan juga telah melancarkan laman sesawang untuk kemudahan rakyat iaitu www.VaksinCovid.gov.my.

BACA JUGA :   PKPB: Aktiviti yang masih tidak Dibenarkan

Laman sesawang itu juga mempunyai Buku Panduan Program Imunisasi yang boleh dimuat turun untuk kegunaan  masyarakat. Antara panduan umum yang telah diberitahu oleh Pihak Kementerian Kesihatan adalah vaksin tersebut akan menyebabkan kemerahan atau bengkak di bahagian suntikan.

Rakyat digalakkan untuk memuat turun buku panduan tersebut untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Sumber: Ucapan Perdana Menteri Malaysia

Mahu belajar di luar negara? Daftar kemasukan ke universiti sekarang bersama Daulah Educonsult. Antara universiti yang menjadi pilihan para pelajar adalah, Universitas Sumatera Utara (USU).

Peluang ini dibuka kepada pelajar yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jika anda berminat, anda boleh hubungi pihak Daulah Educonsult di talian berikut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here