Kursk State Medical University atau KSMU merupakan sebuah universiti awam yang terletak di Kursk, Rusia. Kursk merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian barat Rusia. Tempat ini menghadapi suhu daripada 30 darjah selsius sehingga -20 darjah selsius.

Musim sejuk di sana bermula pada pertengahan bulan November sehingga pertengahan bulan Mac. Pengangkutan di sekitar KSMU adalah sangat mudah kepada para pelajar. Terdapat lapangan terbang terletak 10 km daripada universiti. Stesen kereta api pula terletak lima minit dari universiti.

KSMU dibina pada tahun 1935 dan secara rasmi menjadi universiti pada tahun 1994. Universiti ini merupakan universiti yang memberikan pendidikan formal mengenai bidang perubatan kepada para pelajarnya.

Selain daripada menjadi antara universiti perubatan terbaik di Rusia, KSMU juga merupakan universiti pilihan bagi pelajar Malaysia dan antarabangsa. Mengapa?

Kelebihan belajar di KSMU
  • Mempunyai pejabat pengurusan di Malaysia.
  • Yuran tahunan sejenis ‘Lock Fee’ (tidak akan berubah dari tahun ke tahun).
  • Pembelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam sebahagian besar sesi pembelajaran.
  • Menyediakan kemudahan hostel atau asrama kepada pelajar.
  • Mudah untuk peroleh makanan halal di sekitarnya.
  • Persekitaran yang selamat dan warga tempatan yang mesra.
BACA JUGA :   Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Di Luar Negara Bersama Daulah Edconsult

Antara kelebihan lain KSMU adalah mereka menerima pelajar lepasan SPM dan setaraf untuk mendaftar kemasukan terus ke universiti. Pelajar lepasan ini boleh mendaftar dan belajar di dalam bidang pra-perubatan selama setahun. Kemudian, mereka akan diserap  masuk ke bidang utama dan pelajar selama 6 tahun.

Bukan sekadar itu, KSMU telah diiktiraf oleh pelbagai agensi perubatan kebangsaan dan antarabangsa. Antara agensi yang telah mengiktiraf KSMU adalah:

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang pelajar perubatan di KSMU, anda boleh mendaftar kemasukan menerusi Daulah Educonsult. Pendaftaran kini dibuka bagi kemasukan sesi April, Jun dan September.

BACA JUGA :   Medan pilihan percutian anda? Pasti Tidak Menyesal!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi pihak Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Berminat Lanjutkan Pengajian ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Rusia dan Indonesia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here