Pada penghujung minggu ini, masyarakat Cina akan merayakan sebuah sambutan Tahun Baharu mengikut kalendar masyarakat Cina. Masyarakat Cina percaya bahawa terdapatnya 12 binatang yang menaungi kalender mereka seperti tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Binatang-binatang ini dikatakan mempunyai petanda dan tuahnya yang tersendiri. Pada malam Tahun Baru Cina, masyarakat akan menjalankan satu aktivit seperti makan besar untuk menyambutnya.

Ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai dan bersama-sama merayakan aktviti makan besar tersebut. Tujuan aktivit makan besar dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Aktiviti seperti memberikan angpau kepada sanak-saundara yang belum berkahwin turut dijalankan. Augpau yang berfungsi sebagai duit raya ini akan diberikan oleh golongan sudah sudah berkahwin.

Angpau juga membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan dan selalunya merupakan sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang. Tarian singa juga akan dilaksanakan di rumah-rumah kediaman atau premis perniagaan sebagai tanda memberikan berkat.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 Melibatkan Kakitangan, Pesakit Hospital Klang.
Sumber: harakahdaily.net

Puncak kepada perayaan ini adalah Chap Goh Meh. Disebabkan perayaan ini adalah antara perayaan yang terbesar di Malaysia yang memiliki masyarakat majmuk, permintaan untuk SOP sewaktu perayaan telah diutarakan.

Bertindak balas daripada permintaan tersebut, SOP bagi perayaan Tahun Baru Cina meliputi:

  1. Dibenarkanmelakukan aktiviti makan besar pada 11 Februari.
  2. Membenarkan ahli keluarga terdekat dari lingkungan radius 10 km sahaja untuk datang makan besar.
  3. Kehadiran ahli keluarga tidak melebihi 15 orang.
  4. Aktiviti keagamaan pada 11, 12 dan 19 di rumah ibadat.
  5. Memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal di rumah ibadat.
  6. Aktiviti keagamaan di rumah ibadat berlangsung daripada 6 pagi sehingga 2 petang sahaja.
  7. Tempoh sembahyang diselang-selikan dengan proses sanitasi selama 30 minit.
BACA JUGA :   Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Malaysia Cecah 93 309 Kes.
Sumber: BERNAMA

Diharapkan dengan adanya SOP yang telah diberikan, perjalanan perayaan akan lebih selamat dan setiap orang mematuhi apa yang telah digariskan. SOP yang digariskan adalah untuk keselamatan semua pihak. Perkara ini adalah untuk membendung penularan COVID-19.

Sambung Pengajian Ke Luar Negara Bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Mesir dan Rusia. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here