Daging arnab mempunyai banyak khasiat yang mampu untuk memberikan kesan yang baik kepada badan manusia jika diambil dengan kadar yang betul. Kandungan protein di dalam daging arnab adalah antara yang bermutu tinggi.
Antara khasiat lain yang terkandung di dalam daging arnab adalah ianya mengandungi vitamin B12 yang tinggi. Fungsi vitamin ini adalah untuk melancarkan pembinaan sel darah merah.
Kandungan lemak dan kolestrol yang kurang menyebabkan daging arnab menjadi salah satu daripada bahan makanan kepada mereka yang mahu menjaga pemakanan. Tahap glukosa yang rendah membolehkan ianya membantu dalam menurunkan kadar gula kepada penghidap kencing manis.
Banyak khasiat lain yang boleh anda dapati pada daging arnab. Namun, apa yang paling penting adalah ianya mempunyai rasa yang enak jika dimasak dengan resepi yang tertentu.
Anda mahu mendapatkan bekalan daging arnab untuk keluarga atau anda memerlukan bekalan untuk perniagaan makanan anda? Anda boleh dapatkan bekalan daging arnab secara dalam talian sahaja.
Pembelian daging arnab di dalam talian boleh dilakukan menerusi laman sesawang Arnab Daulah. Arnab Daulah adalah sebuah syarikat pembekal daging arnab yang diasaskan oleh rakyat bumiputera Muslim.
Arnab Daulah tidak hanya menjual daging arnab, malahan menjual produk yang berasaskan daging arnab seperti bebola daging arnab dan burger daging arnab. Jika anda mahu memasak menu baharu, anda boleh mencuba menggunakan produk makanan berasaskan daging arnab ini.
Dalam pada itu, Arnab Daulah juga menjual produk berasaskan arnab seperti baja tinja arnab, fertilizer daripada urine arnab dan bulu arnab. Segala jenis produk yang ada ini anda boleh dapatkan menerusi platform dalam talian sahaja.
Untuk maklumat lanjut atau pemesanan produk, anda boleh hubungi pihak Arnab Daulah di:
Laman sesawang rasmi: https://arnabdaulah.com/
Nombor telefon: 013-2090322
Alamat pejabat: No. 1-19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur.