Semalam, kenyataan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menjelaskan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 4.5 peratus kepada kadar pengangguran pada tahun 2020 di Malaysia.

Oleh itu, jika anda adalah di antara mereka yang dibuang kerja atau diberhentikan untuk sementara waktu, anda boleh mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan. Salah satu caranya adalah dengan menjadi rakan penghantar atau rakan pemandu di mana-mana syarikat perkhidmatan.

Syarikat perkhidmatan tersebut adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran penumpang, makanan dan barangan kepada pengguna. Antara syarikat yang membuka peluang ini kepada orang ramai adalah syarikat perkhidmatan Safer.

Safer memanggil anda untuk bersama-sama mengembangkan syarikat perkhidmatan bumiputera. Peluang sebagai rider dan driver Safer masih terbuka luas kepada anda yang memerlukan pendapatan tambahan di dalam musim PKP ini.

Tambahan daripada itu, Safer juga membuka promosi kepada semua rider dan driver Safer iaitu tiada penolakan caj komisen akan dikenakan. Dalam erti kata lain, anda boleh mendaftar dan bekerja secara percuma sahaja tanpa ada apa-apa penolakan.

BACA JUGA :   Pendaftaran Percuma Sebagai Pemandu Dan Rakan Penghantar Di Safer

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang diperlukan untuk menjadi rider dan driver Safer.

Syarat kelayakan menjadi rakan penghantar (rider):

  1. Mempunyai apa-apa kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori dan lain-lain.
  2. Memiliki lesen kenderaan yang sah.
  3. Tiada buatan had kenderaan.
  4. Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan baik dengan akses internet.

Syarat kelayakan menjadi rakan pemandu (driver):

  1. Mempunyai kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  2. Memiliki lesen kenderaan yang sah dan penuh.
  3. Buatan kenderaan tahun 2012 dan ke atas.
  4. Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan baik dengan akses internet.

Jika anda mendaftar sebagai rakan penghantar anda tidak memerlukan lesen PSV atau EVP. Namun sebagai jika anda mendaftar sebagai rakan pemandu, anda memerlukan kedua-dua lesen tersebut.

Selain daripada itu, pihak Safer memerlukan beberapa dokumen penting pendaftar seperti:

  • Geran kenderaan
  • Roadtax kenderaan
  • Maklumat akaun bank
  • Insurans kenderaan

Jika anda memenuhi segala syarat dan melengkapkan segala dokumen yang diperlukan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai rider atau driver di http://tinyurl.com/ycetm3vh. Anda perlu menunggu akaun anda untuk diaktifkan sebelum bekerja bersama Safer.

BACA JUGA :   Buka Akaun Pengguna Safer Untuk Nikmati Pelbagai Perkhidmatan Menerusi Platform Online!

Kemudian, anda boleh memuat turun aplikasi Safer di telefon pintar untuk menguruskan segala tempahan atau ‘job’ yang masuk.

Bagi pengguna Android: https://bit.ly/2yp8ADH
Bagi pengguna iOS: https://apple.co/2ZvyNeX

Disamping melakukan tugasan sama ada menghantar penumpang atau menghantar barangan atau makanan, rider dan driver Safer juga boleh menjana pendapatan secara pasif. Bagaimanan caranya?

Rider atau driver boleh berkongsikan referral code yang ada di dalam aplikasi Safer kepada pengguna yang masih belum mempunyai akaun Safer. Referral code ini boleh dikongsikan kepada ramai orang tanpa ada had.

Anda mahu menjana pendapatan bersama Safer sekarang? Klik pautan di bawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here