Semalam telah berlangsung secara rasmi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Suntikan pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNtech di Malaysia telah diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin menyatakan bahawa suntikan yang diterima tidak memberikan apa-apa rasa yang pelik selain merasa ianya seperti suntikan biasa. Oleh itu, beliau menyeru rakyat untuk terus mendaftar bagi pengambilan vaksin COVID-19 yang diberikan secara percuma.

Terdapat 5 individu lain yang telah menerima suntikan terawal iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan empat warga kerja daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Suntikan vaksin tersebut telah diberikan di Klinik Kesihatan Presit 11, Putrajaya.

Pengagihan vaksin kepada seluruh negeri telah dilaksanakan supaya keseleruhan rakyat dapat menerima akses kepada vaksin COVID-19. Kira-kira lebih dari 500 Pusat Pemberian Vaksin di seluruh negara.

BACA JUGA :   Mangsa Banjir Terima Pelbagai Bantuan Termasuklah Dari Segi Kewangan.

Fasa pertama program imunisasi  telah pun bermula dan seramai lebih daripada 500,000 petugas barisan hadapan yang akan menerima suntikan vaksin ini. Anggaran fasa ini berakhir adalah pada bulan April.

Fasa kedua program ini pula akan disertai oleh golongan warga emas atau usia lanjut dan golongan berisiko tinggi. Kira-kira seramai 9.4 juta yang akan menerima vaksin COVID-19 pada fasa ini dan dijangka berakhir pada Ogos.

Fasa ketiga yang bermula pada bulan Ogos pula akan disertai oleh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anggaran penerima vaksin adalah seramai lebih dari 13 juta orang.

Sumber : Astro Awani

Berminat untuk sambung belajar dalam bidang perubatan di universiti luar negara? Daftar kemasukan ke Kursk State Medical University, Rusia menerusi Daulah Educonsult sekarang.

BACA JUGA :   5 TEMPAT 'GAMPLING' YANG WAJIB ANDA PERGI

Belum mendapat keputusan SPM? Daftar menggunakan keputusan percubaan. Hubungi pihak Daulah Educonsult untuk lebih maklumat.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here