Disebabkab Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan, pihak Safer telah melancarkan promosi 0% caj penolakan komisen. Promosi ini diberikan kepada vendor F&B yang telah mendaftar bersama Safer Food Merchant.

Peluang menjadi vendor di Safer Food Merchant masih lagi dibuka kepada semua peniaga makanan di luar sana. Safer membuka peluang ini kepada peniaga tidak kira yang berniaga daripada rumah, peniaga trak makanan, peniaga kecil tepi jalan mahu pun restoran.

Jika peniaga memenuhi butiran dokumen yang telah ditetapkan oleh pihak Safer, peniaga layak untuk berniaga secara dalam talian bersama Safer. Antara butiran dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Lesen perniagaan
  3. Sijil Halal perniagaan
  4. Lesen daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Butiran dokumen adalah diperlukan sewaktu pendaftaran. Pendaftaran untuk menjadi vendor boleh dilakukan di https://www.safer.my/sign-up-restaurant. Peniaga tidak perlu gusar kerana pendaftaran untuk menjadi vendor Safer adalah percuma.

BACA JUGA :   Cara Mudah Menjana Pendapatan Secara Pasif

Sewaktu peniaga mendaftar, peniaga diperlukan juga untuk mengisi butiran berkaitan perniagaan seperti yang berikut:

  • Lokasi perniagaan dijalankan (Alamat premis atau rumah)
  • Waktu operasi perniagaan (Hari dan waktu)
  • Menu makanan berserta gambar
  • Harga bagi setiap menu makanan
  • Butiran akaun bank

Setelah mengisi segala butiran dan tetapan yang diperlukan, peniaga perlu menunggu pihak Safer untuk mengaktifkan akaun supaya peniaga dapat berniaga secara dalam talian. Dalam pada itu, peniaga boleh memuat turun aplikasi Safer Food Merchant di telefon pintar:

Telefon perisian Android: https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Telefon perisian iOS: https://bit.ly/SaferFood-AppStore

Melalui aplikasi yang telah dimuat turun, peniaga boleh menyemak segala data atau butiran perniagaan yang telah berlangsung. Aplikasi Safer juga memperkenalkan ciri butang ‘on’ untuk peniaga sekiranya peniaga tidak mahu menerima tempahan buat tempoh tertentu.

Akaun juga akan dipegang sepenuhnya oleh pihak peniaga dan peniaga boleh meneliti segala perjalanan transaksi perniagaan. Pihak Safer juga menyediakan khidmat penghantaran makanan daripada peniaga kepada pelanggan.

BACA JUGA :   Cara Jana Pendapatan Pasif Lumayan Secara Berterusan Bersama Safer

Pihak peniaga hanya perlu menyediakan makanan dan segala proses penghantaran akan dilakukan oleh pihak Safer Delivery Partner. Dalam peniaga menjalankan perniagaan secara dalam talian, peniaga juga boleh mempromosikan perniagaan secara dalam talian.

Jika peniaga menghadapi kesukaran atau memerlukan bantuan untuk mendaftarkan peniagaan, peniaga boleh meminta pertolongan daripada pihak Safer dengan menempah kelas bantuan Safer.

Kelas tersebut boleh ditempah dengan mengisi borang https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood.

Namun jika peniaga memerlukan maklumat lanjut atau maklumat tambahan berkaitan peluang dan promosi yang dijalankan ini, peniaga boleh berhubung terus dengan pihak Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here