Perkhidmatan pemesanan melalui platform dalam talian bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat pada masa kini. Dengan adanya kuasa jalur lebar yang kian meningkat penggunaannya, aplikasi dalam talian adalah hanya satu entiti kecil yang pasti ada di dalam setiap telefon pintar.

Aplikasi adalah sebuah medium yang mampu untuk menghubungkan manusia dengan dunia internet. Dengan adanya aplikasi, banyak perkara yang boleh memudahkan urusan seharian seseorang.

Antara aplikasi yang dapat membantu masyarakat dalam mengharungi kehidupan seharian adalah, aplikasi Safer. Safer merupakan aplikasi yang telah diasaskan oleh syarikat tempatan yang dibangunkan oleh anak jati Malaysia.

Aplikasi yang dilancarkan pada suku kedua tahun 2020 ini berfungsi sebagai ‘orang tengah’ kepada pengguna dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer menerusi aplikasi ini.

Pendaftaran untuk aplikasi Safer boleh dilakukan di http://tinyurl.com/y7p2xzjp. Apikasi ini juga boleh ditemui di :

Google Play Store: https://bit.ly/saferandroid

Apple App Store:
https://bit.ly/saferiphone

Berikut adalah perkhidmatan yang dijalankan:

  1. Safer Ride

Safer Rider adalah sebuah perkhidmatan e-hailing yang membantu pengguna untuk bergerak daripada satu lokasi ke lokasi yang lain. Jika anda merasa malas untuk memandu atau tiada kenderaan sendiri untuk digunakan, anda boleh menempah perkhidmatan ini.

BACA JUGA :   Kupon RM5 Diberikan Kepada User Safer Untuk Semua Perkhidmatan

Terdapat pelbagai ketegori Safer Ride yang boleh dipilih mengikut bajet dan kesesuaian kehendak anda. Antaranya adalah SaferGo, SaferGo Xtra, Safer Gold, Safer Indulge dan Safer Swift.

2. Safer Food

Safer Food pula merupakan sebuah perkhidmatan yang menjalankan aktiviti pemesanan makanan oleh pengguna. Pengguna boleh memesan pelbagai jenis makanan yang disukai daripada vendor-vendor makanan yang berniaga bersama Safer.

Hidangan panas dan sejuk, hidangan barat dan tempatan atau hidangan restoran dan hidangan warung kecil, semuanya pengguna boleh pilih di aplikasi Safer. Tidak hanya makanan, minuman sejuk dan panas juga boleh dipesan!

3. Safer Delivery

Safer Delivery pula adalah perkhidmatan penghantaran barang oleh pengguna kepada penyampai. Penghantaran boleh ditempah mengikut kesesuaian kegunaan pengguna pada waktu tersebut.

Terdapat dua jenis penghantaran yang boleh dilakukan iaitu, Single Delivery dan Multiple Delivery. Single Delivery sesuai digunakan oleh pengguna yang mahu menghantar makanan atau hadiah atau apa-apa sahaja kepada orang yang disayangi. Manakala bagi Multiple Delivery, ianya sesuai digunakan oleh peniaga yang mahu menghantar barangan kepada pelanggan mereka.

4. Safer Concierge

Safer Concierge merupakan sebuah perkhidmatan e-hailing yang telah dinaik taraf. Antara kelainan perkhidmatan ini adalah ianya bukan setakat membawa penumpang ke destinasi yang diinginkan malahan pemandu juga akan membantu penumpang.

BACA JUGA :   Promosikan Perniagaan Anda Menerusi Safer Food.

Perkhidmatan ini sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mempunyai kesukaran untuk bergerak atau anda yang mahukan khidmat pembantu peribadi buat sementara. Sebagai contohnya, jika anda mempunyai temu janji bersama doktor, anda boleh menempah pemandu untuk menguruskan hal-hal pendaftaran atau memimpin anda untuk bergerak.

Bukan setakat menggunakan perkhidmatan Safer, pengguna Safer juga boleh menjana pendapatan pasif dengan berkongsikan referral code pengguna kepada pengguna baharu. Syarat untuk perkongsian referral code ini adalah pengguna baharu tersebut belum mempunyai akaun Safer.

Jika pengguna baharu tersebut menggunakan referral code anda untuk mendaftar, anda akan memperoleh 1% keuntungan daripada jumlah resit pengguna baharu tersebut. Lebih ramai pengguna yang mendaftar dan menggunakan perkhidmatan Safer, lebih banyak keuntungan yang akan anda perolehi.

Mahu mendapatkan maklumat yang lebih lanjut? Hubungi pihak Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here