Bidang sains kesihatan merupakan bidang yang menjadi keutamaan kepada masyarakat. Kerjaya sebagai doktor, petugas kesihatan, pegawai perubatan dan lain-lain sangat penting buat masa kini.

Oleh itu, jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah, anda patut mendaftar sebagai pelajar di Universitas Sumatera Utara, Indonesia. Universiti ini merupakan antara universiti awam yang terletak di Medan, Indonesia.

Bermula sebagai Yayasan Universitas Sumatera Utara pada tahun 1951, USU berkembang dengan giat bermula daripada berdirinya Fakulti Kedoktoran. Setelah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat, universiti ini mengembangkan lagi wajah pendidikannya dengan mendirikan 15 lagi fakulti pendidikan.

USU membuka sesi kemasukan pelajarnya pada bulan September. Jika pelajar berminat untuk menyambung pengajian di USU, pelajar boleh memilih untuk ke bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

BACA JUGA :   Kehebatan Vincent Pol University dalam Bidang Pengurusan Perniagaan

Tempoh pengajian bagi bidang-bidang tersebut adalah selama:

  • Perubatan – 5 Tahun
  • Pergigian – 5 Tahun
  • Farmasi – 4 Tahun

Antara kelebihan USU adalah pembelajaran akan berlangsung di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Pelajar tidak perlu bimbang akan masalah komunikasi kerana perbezaan pertuturan bahasa yang tidak jauh bezanya.

Oleh itu, sekiranya pelajar berminat untuk ke USU, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu untuk dipenuhi.

  1. Lepasan SPM/O-Level dan lain-lain: Minimum B bagi semua subjek Sains teruatama Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan.
  2. Lepasan Asasi/Matrikulasi/Diploma/STPM dan lain-lain: Minimum 3.0 ke atas.

Sekiranya pelajar memperoleh selain daripada syarat di atas, pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada konsultan Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan sebuah agensi perundingan yang dapat membantu dalam kemasukan pelajar ke universiti di luar negara.

BACA JUGA :   Keunikan Senibina Bangunan Di Bangladesh

Untuk kemasukan ke Universitas Sumatera Utara, Indonesia, Daulah Educonsult telah membuka pendaftaran kemasukan untuk sesi September 2021. Untuk maklumat lanjut, para pelajar atau ibu bapa boleh berhubung terus dengan pihak Daulah Educonsult di:

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here