Anda mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara yang mempunyai iklim sejuk dan panas? Rusia adalah antara tempat yang sesuai buat anda. Mengapa? Rusia membuka tawaran kepada pelajar Malaysia untuk belajar di universiti mereka.

credit:google image

Terdapat beberapa bidang pengajian yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian bidang pelajaran yang anda minati. Rusia merupakan negara yang menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa pertuturan.

Rusia juga adalah negara rentas benua dan merupakan negara terbesar di dunia mengikut kadar keluasannya. Tidak hanya itu, negara ini menjangkau sehingga 11 zon masa dan Moscow adalah bandar terbesar dan merupakan ibu negara bagi Rusia.

Berukut adalah antara universiti terbaik yang boleh anda timbangkan untuk sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

  1. Kursk State Medical University

Dikenali sebagai KSMU, ianya terletak di Bandar Kursk yang kaya dengan sejarah Rusia. KSMU ini merupakan antara universiti perubatan terbaik di Rusia dan mempunyai penempatan yang selesa buat pelajar. Tawaran pengajian adalah bidang perubatan dan gerontologi. Ramai pelajar memilih untuk ke KSMU kerana KSMU menerima pelajar dari lepasan SPM dann setaraf untuk sambung pengajian melalui bidang pra-perubatan.

BACA JUGA :   BIAR BETUL!!! Belajar Veterinar Dengan Yuran Tak Sampai RM60K!

2. Volgograd State Medical University

VSMU merupakan universiti yang terletak di bahagian selatan negara Rusia. Universiti ini dibangunkan atas kemahuan Kementerian Pelajaran Rusia untuk memenuhi ruang pembelajaran bagi pelajar Rusia dan pelajar luar negara. Universiti ini juga mempunyai pelbagai fakulti bagi bidang sains kesihatan yang mungkin menarik minat pelajar.

3. Moscow Aviation Institute

Terletak di tengah-tengah bandar Moscow adalah antara satu kelebihan institusi pengajian tinggi ini. Institusi ini adalah institusi bukan kerajaan yang menawarkan tempat kepada pelajar untuk mendalami bidang penerbangan dan aeroangkasa. Bermula dengan hanya tiga jabatan utama, institusi ini kemudiannya berkembang dan kini memilki lebih daripada 30 jabatan. Bagi anda yang mahu melanjutkan pengajian di dalam kejuruteraan pesawat anda boleh lanjutkan pengajian anda di sini.

BACA JUGA :   BELAJAR AGAMA DI LUAR NEGARA KINI LEBIH MUDAH

4. Saint Petersburg University

Universiti ini adalah antara universiti bersejarah kerana ianya merupakan universiti pertama yang dibina dengan arahan Tsar Peter the Great. Prinsip universiti ini adalah menetapkan pengajian dan penyelidikan dalam masa yang sama. Meskipun universiti ini terbuka luas untuk pengajian sains, tawaran yang dibuka kepada pelajar Malaysia adalah bidang pengajian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa.

Jika anda mahu melanjutkan pengajian ke mana-mana universiti berikut, anda boleh melakukan pendaftaran bersama Daulah Educonsult. Pendaftaran kemasukan adalah bagi tahun 2021 dan mempunyai kuota yang terhad.

Ayuh realisasikan impian anda untuk sambung belajar ke Rusia bersama Daulah Educonsult! Hubungi pihak Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here