Adakah anda mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara? Jika ya, mari sambung belajar menerusi Daulah Educonsult ke universiti terbaik di Indonesia.

Universiti di Indonesia menawarkan peluang kepada pelajar Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian di dalam bidang perubatan atau pengajian Islam. Pelajar mungkin berminat untuk menyambung pengajian ke Indonesia kerana kos gaya hidup yang rendah dan pertukaran nilai mata wang.

Bagi anda yang berminat untuk memasuki kemasukan ke universiti di Indonesi, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu anda penuhi. Antara syarat kelayakan tersebut adalah:

Syarat kelayakan umum bagi bidang perubatan:

  • Lepasan SPM, IGCSE, O-Level atau setaraf: Minimum B bagi semua subjek sains.
  • Lepasan Matrikulasi / Asasi / STPM atau setaraf: Minimum CGPA 3.0 bagi semua subjek sains.

Syarat kelayakan umum bagi bidang pengajian Islam:

  • Lepasan SPM, IGCSE, O-Level atau setaraf: Minimum B bagi semua subjek.
  • Lepasan Matrikulasi / Asasi / STPM atau setaraf: Minimum CGPA 3.0 bagi semua subjek.

#Jika pelajar mempunyai keputusan selain daripada yang dinyatakan berikut, pelajar boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Daulah Educonsult.#

Antara universiti terbaik bagi dua bidang tersebut adalah seperti berikut:

  1. Universitas Sumatera Utara, Medan

Universitas Sumatera Utara atau dikenali sebagai USU telah dibangunkan pada tahun 1952. Universiti ini menawarkan pelbagai bidang pengajian sains kesihatan seperti bidang perbuatan kepada pelajar. Bidang lain yang yang turut ditawarkan adalah bidang farmasi dan pergigian. Jika pelajar mahu belajar di dalam bidang sains kesihatan, Daulah Educonsult akan mengesyorkan supaya pelajar menyambung pengajian di sini.

BACA JUGA :   Bagaimana Stres Boleh Menjadikan Anda Usahawan Yang Hebat
2. Universitas Airlangga, Surabaya

Universiti ini adalah universiti kedua tertua di Indonesia. Tidak hanya itu, Universiti Airlangga merupakan antara universiti ‘big 5’ di Indonesia. Antara fakulti yang terdapat di universiti ini adalah fakulti perubatan, fakulti pergigian, fakulti farmasi dan fakulti veterinar. Universiti ini menjalankan pembelajaran berasaskan kaedah ceramah klasik, tutorial dan praktikal.

3. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN SUSKA), Riau

UIN SUSKA adalah antara pilihan yang terbaik jika anda mahu menyambung pelajaran di dalam bidang Pengajian Islam. Terdapat pelbagai bidang yang boleh dipilih menerusi fakulti yang ada di UIN SUSKA. Antara fakulti yang ada di UIN SUSKA ialah Fakulti Tarbiyah dan Keguruan, Syari’ah dan Ilmu Hukum, Usuluddin, Dakwah dan Ilmu Komunikasi, Sains dan Teknologi ,Psikologi dan Ekonomi dan Ilmu Sosial.

  1. Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh

Universiti ini telah ditubuhkan bersempena nama seorang ulama dan mufti terkenal. UIN Ar-Raniry juga mempunyai pelbagai bidang Pengajian Islam yang boleh pelajar pilih untuk lanjutkan pengajian. Fakulti yang ada di UIN Ar-Raniry adalah Fakulti Syariah dan Hukum, Fakulti Usuluddin dan Filsafat, Fakulti Dakwah dan Komunikasi dan Fakulti Adab dan Humaniora. Pelbagai bidang yang boleh anda pelajari mengikut kesesuaian minat anda.

BACA JUGA :   MENGAPA BANGLADESH HARUS MENJADI DESTINASI PENGAJIAN?

Jika anda berminat untuk sambung belajar di mana-mana universiti di atas atau universiti pilihan yang lain, anda boleh mendaftar bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult menyediakan khidmat nasihat secara percuma kepada pelajar.

Pelajar atau ibu bapa boleh menghubungi pihak Daulah Educonsult untuk bertanyakan perihal cara pendaftaran bagi kemasukan ke universiti di luar negara. Klik pautan di bawah atau hubungi nombor yang tertera untuk maklumat lanjut.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here