Bidang Pengajian Islam semakin mendapat tempat di hati anak muda pada masa kini. Tidak hanya itu, bidang ini juga semakin lama semakin berkembang luas dan pendidikan meliputi semua aspek kehidupan.

Untuk betul-betul menyelami dan memahami bidang ini, seseorang itu perlu berguru dengan mereka yang sudah mempunyai ilmu. Bidang ini bukan hanya diajarkan di sekolah agama dan pondok. Malah, pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Oleh itu, Daulah Educonsult membuka pendaftaran kemasukan ke universiti kepada pelajar lepasan SPM, STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi dan lain-lain yang setaraf. Pendaftaran kemasukan ini adalah untuk ke universiti di Indonesia dalam bidang Pengajian Islam.

BACA JUGA :   Yuran Pengajian Bagi Bidang Perubatan di KSMU, Rusia Adalah Antara Yang Terendah di Universiti Luar Negara!

Bagi anda yang betul-betul berminat untuk mendalami bidang Pengajian ISlam ini, anda boleh memilih untuk ke dua universiti yang berikut:

  1. Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Acheh

 

Bermula dengan nama Institusi Agama Islam Negeri, namnya diubah ke Universitas Islam Negeri pada tahun 2013. Universiti ini telah dibangunkan pada tahun 1960 dan giat berkembang sehingga kini. Pelbagai fakulti baharu dibangunkan bagi memenuhi kehendak pengajian pada masa tersebut.

2. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau

Universiti ini telah dibina pada tahun 2005 dengan mengambil nama sempena Sultan terakhir Kesultanan Siak Sri Inderapura. Membawa misi untuk melahirkan warga akademik dan golongan profesional adalah sesuai untuk pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu pengajian Islam ini.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult, konsultan pelajar yang berdedikasi tinggi

Kelayakan kemasukan untuk ke universiti di Indonesia adalah :

  • Lepasan SPM : Minimum lulus semua subjek.
  • Lepasan STPM, Asasi, Matrikulasi : 3.0 CGPA

Jika pelajar mempunyai selain daripada keputusan di atas, pelajar boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult untuk sesi konsultasi percuma. Pihak Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi platform di bawah.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here