Space Exploration Technologies Corp. atau SpaceX adalah pengeluar aeroangkasa dari Amerika Syarikat yang merupakan sebuah syarikat pengangkutan angkasa yang terletak di Hawthrone, California. Ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Elon Musk yang bertujuan untuk mengurangkan kos pengangkutan udara. Antara tujuan lainnya adalah sebagai pengangkutan utama ke planet Marikh.

Baru-baru ini, SpaceX telah mencuba untuk melakukan uji nyali kali kedua untuk kapal angkasa SN9. Namun roket dengan nombor siri 9 ini meletup selepas mengalami kegagalan untuk mendarat. Sebelumnya, SpaceX pernah melakukan pelancaran pertama iaitu SN8 pad Disember tahun lalu dan hasilnya turut gagal.

SN9 diproses untuk mencapai ketinggian 10 kilometer bersamaan dengan 32.800 kaki. SN9 yang diperbuat daripada keluli tahan karat ini berjaya mencapai sehingga 10 kilometer dengan lancarnya. Namun ketika membuat persiapan untuk mendarat, roket angkasa ini mengalami sedikit komplikasi dan terhempas lantas meletup. Walaupun ujian ini dilakukan tanpa pemandu, namun pihak mereka tetap berusaha keras untuk menyelidiki masalah sebenar yang berlaku.

BACA JUGA :   Bagaimana 10 Billionaire Ini Bangkit Dari Kegagalan (Infografik)

Walaupun ujian terhadap SN9 gagal sama seperti halnya dengan SN8, pihak SpaceX tetap yakin bahawa penerbangan kali ini terdapat peningkatan berbanding dengan SN8. Dikhabarkan mereka akan meneruskan dengan penerbangan untuk SN10 pula selepas ini. Sama-sama kita nantikan.

Berminat melanjutkan pengajian dalam bidang Aviation di universiti diiktiraf di Rusia? Hubungi Daulah Educonsult untuk tujuan lanjut.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here