Safer Concierge merupakan satu perkhidmatan e-hailing yang telah dinaik taraf. Kelainan yang terdapat pada Safer Concierge adalah ia menawarkan perkhidmatan membantu sambil memandu penumpang ke tempat yang ditujui.

Khidmat ini dikira sebagai pemandu menjadi seperti seorang pembantu peribadi. Pemandu boleh membantu anda iaitu penumpang untuk menguruskan beberapa pertolongan yang telah dipersetujui.

Contoh situasi 1: Ali merupakan lelaki bujang yang tinggal berseorangan dan memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak. Untuk memasuki kenderaan, dia perlu mendapatkan bantuan seseorang. Ali boleh menempah Safer Concierge untuk memudahkan pergerakannya ke satu destinasi dalam masa yang sama menerima bantuan daripada pemandu.

Contoh situasi 2: Sarah mempunyai anak kurang upaya yang sedang sakit dan suaminya tiada di rumah akibat urusan kerja. Dia memerlukan bantuan untuk menghantarnya ke hospital. Dengan itu, Sarah boleh menempah Safer Concierge untuk memudahkan urusannya.

BACA JUGA :   Jadi Safer Delivery Partner & Driver Sekarang, Pendaftaran Adalah Percuma.

Contoh situasi 3: Siti berada di luar negeri apabila ibunya perlu membuat pemeriksaan kesihatan di hospital. Siti boleh menempah Safer Concierge untuk memudahkan urusan ibunya ketika berada di hospital. Pemandu akan membantu ibu Siti dari masa ibunya diambil sehingga ibunya dihantar semula ke rumah.

Terdapat pelbagai lagi situasi lain untuk menempah penggunaan Safer Concierge. Tempahan dibuat apabila kedua-duanya bersetuju untuk menerima dan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Tempahan untuk perkhidmatan Safer Concierge ini boleh dilakukan menerusi aplikasi Safer. Selain Safer Concierge, Safer juga menawarkan perkhidmatan yang lain seperti Safer Ride, Safer Food dan Safer Delivery.

Jika anda belum mempunyai aplikasi Safer, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Anda juga boleh mendaftar menerusi pautan yang diberikan di bawah.

Daftar akaun pengguna Safer : https://tinyurl.com/y4th4mft
Pautan muat turun untuk pengguna Android : https://bit.ly/saferandroid
Pautan muat turun untuk pengguna iOS : https://bit.ly/saferiphone

BACA JUGA :   0% Caj Komisen Sebagai Vendor Di Safer Di Sepanjang PKP.

Dalam anda mengggunakan perkhidmatan Safer, anda juga boleh jana pendapatan tambahan dengan berkongsikan referral code anda kepada orang ramai.  Pendapatan tambahan ini juga dikenali sebagai pendapatan pasif. Anda boleh berkongsikan referral code tersebut kepada pengguna baharu yang masih belum mempunyai akaun Safer.

Pulangan sebanyak 1% daripada jumlah resit akan diterima oleh anda setiap kali pengguna yang menggunakan referral code anda menggunakan perkhidmatan Safer. Pulangan ini perlu dikumpul untuk membolehkan ianya dikeluarkan apabila sudah mencapai jumlah tertentu.

Anda mahu mengetahui maklumat lanjut berkaitan penawaran dari pihak Safer? Hubungi pihak Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here