Tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis universiti perubatan di seluruh dunia. Namun, tidak banyak yang menawarkan pendidikan yang terbaik dengan kemudahan yang luar biasa. Bagi bidang perubatan, pelajar bakal berdepan dengan kos pengajian yang sangat tinggi berbanding bidang-bidang yang lain.
Oleh yang demikian, Deenamik akan membongkarkan universiti mana yang patut anda pilih sebagai universiti untuk anda lanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Universiti ini juga adalah antara yang terbaik di negaranya.
Universiti tersebut adalah Kursk State Medical University yang terletak di bandar Kursk, Rusia. Berikut merupakan antara lima sbeba utama mengapa anda perlu sambung belajar di KSMU.
-
Mempunyai pembelajaran sepenuhnya buat pelajar lepasan SPM dan setaraf
KSMU membuka kemasukan kepada pelajar SPM dna setaraf untuk lanjut pengajian di sana. Pelajar akan belajar di bawah bidang pra-perubatan selama satu tahun. Apabila telah tamat satu tahun tersebut, pelajar akan terus diserap untuk sambung bidang perubatan selama enam tahun.
2. Menyediakan kemudahan asrama kepada para pelajar.
Pelajar tidak perlu bimbang berkaitan tempat kediaman di sana kerana KSMU menyediakan asrama buat para pelajarnya. Pelajar dari luar negara juga tidak terkecuali! Anda boleh memilih untuk tinggal tetap di asrama selama tempoh pengajian atau mahu hidup sendiri di luar.
3. Yuran pengajian yang tetap dan berpatutan
KSMU telah menetapkan yuran pengajian bagi bidang perubatan sebagai yuran jenis ‘Lock Fee’. Anda tidak perlu bimbang berkaitan perubahan nilai mata wang kerana yuran KSMU adalah tetap dan tidak berubah.
4. Mempunyai sesi pengajian dalam Bahasa Inggeris
Rusia mempunyai bahasanya yang tersendiri, bagi universiti di sekitarnya, bahasa Rusia masih menjadi bahasa pengantara sewaktu pembelajaran. Namun, tidak bagi KSMU. KSMU telah menawarkan bidang pengajian di dalam Bahasa Inggeris kepada pelajarnya. Perkara ini akan lebih memudahkan pelajar untuk terus fokus ketika belajar.
5. Mempunyai empat sesi kemasukan
Mempunyai empat sesi kemasukan dalam setahun adalah antara keistimewaan KSMU. Sesi kemasukan tersebut adalah pada bulan Februari, April, Jun dan September. Pelajar boleh memilih mana-mana sesi kemasukan yang dimahukan.
Tambahan daripada itu, pelajar juga boleh mendaftar masuk ke universiti menggunakan keputusan percubaan SPM. Pelajar boleh booking tempat terlebih dahulu menggunakan keputusan tersebut.
Jika anda berminat untuk ke KSMU, anda boleh mendaftar menerusi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult merupakan agensi pendidikan yang dapat membimbing pelajar untuk sambung pengajian di luar negara.
Dengan itu, jika anda mahu bertanyakan apa-apa maklumat berkaitan cara pendaftaran atau syarat kelayakan yang diperlukan, anda boleh berhubung dengan pihak Daulah Educonsult.
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322