Cuaca panas pada waktu ini di Malaysia dianggap luar dari kebiasaan. MetMalaysia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga tidak menyangka bahawa cuaca panas luar biasa ini akan berlaku.
Perkara ini kerana Malaysia sedang berada di tahap terakhir Monsun Timur Laut dan menyebabkan taburan hujan agak kurang di sekitar Malaysia terutama di negeri sebelah utara.
Berikutan daripada perkara itu, MetMalaysia telah mengeluarkan kenyataan semalam berkaitan tahap gelombang haba yang telah diterima. Terdapat 10 kawasan di sekitar semenanjung Malaysia telah berada di tahap kuning atau berjaga-jaga.
Tahap kuning yang dinyatakan merujuk kepada nilai suhu maksimum bagi setiap kawasan berukuran 35 sehingga 37 darjah Celcius buat sekurang-kurangnya tiga hari berturut. Tahap selepas kuning adalah tahap jingga di mana suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celcius.
Negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor.
Sumber: BERNAMA
Anda berminat untuk menjana pendapatan sebagai rakan penghantar? Daftar segera bersama Safer dan anda boleh jana dua jenis pendapatan.
Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan peluang ini, anda boleh rujuk dengan pihak Safer dengan klik mana-mana pautan di bawah.
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup