Safer Food merupakan sebuah platform e-dagang yang menawarkan khidmat pemesanan dan pembelian makanan secara dalam talian. Oleh itu, jika anda menjalankan perniagaan makanan secara kecil-kecilan, anda boleh menjadi vendor makanan di Safer Food. Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah di bawah.
Pertama sekali, anda boleh mendaftar secara dalam talian sahaja dan secara percuma. Anda diperlukan untuk melampirkan salinan butiran-butiran seperti
- Kad pengenalan
- Lesen perniagaan
- Lesen daripada SSM
- Sijil Halal
- Akaun bank
Anda juga perlu memberikan butiran-butiran yang berikut untuk melengkapkan pengaktifan perniagaan secara dalam talian anda. Antara butiran lain yang diperlukan adalah:
- Lokasi premis perniagaan
- Hari dan masa perniagaan beroperasi
- Menu berserta gambar makanan atau minuman yang dijual
- Harga bagi setiap makanan atau minuman yang dijual
Pendaftaran boleh dilakukan menerusi pautan https://www.safer.my/sign-up-restaurant atau anda boleh melakukan pendaftaran menerusi aplikasi Safer Food Merchant. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah:
Google Play Store: https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple App Store: https://bit.ly/SaferFood-AppStore
Pengaktifan sebagai vendor akan dilakukan dalam masa 24 sehingga 48 jam. Untuk memudahkan proses pengaktifan, anda perlu memberikan semua butiran dan maklumat lengkap berkaitan perniagaan anda.
Setelah akaun peniaga anda di Food Merchant diaktifkan, anda boleh mula berniaga secara dalam talian. Mudah bukan? Ayuh daftar segera sebagai vendor makanan di Safer Food Merchant.
Dengan menjadi rakan niaga di Safer Food Merchant, anda akan boleh menjalankan perniagaan anda bersama Safer pada bila-bila masa yang anda mahu. Dengan pendaftaran yang percuma, anda boleh membuka akaun dengan mudah dan cepat.
Aplikasi Safer Food Merchant dilancarkan untuk memberikan kemudahan kepada para peniaga untuk meneliti atau menyemak apa-apa data berkaitan perniagaan. Akaun ini juga akan dipegang sepenuhnya oleh pihak peniaga tanpa ada campur tangan dari pihak Safer.
Safer juga menyediakan khidmat Delivery Partner yang akan membantu para peniaga untuk menghantarkan pesanan yang telah dipesan pengguna kepada mereka. Jadi, peniaga hanya perlu menyediakan pesanan makanan yang telah dipesan sahaja.
Selain daripada itu, Safer juga menawarkan perkhidmatan untuk mempromosikan perniagaan anda secara dalam talian. Promosi akan dijalankan secara dalam talian dan akan disebarkan menerusi semua aplikasi media sosial Safer.
Selain itu, jika peniaga mempunyai sebarang kesulitan atau sukar untuk memahami bagaimana untuk melakukan pendaftaran bersama Safer, anda boleh mengikuti kelas bersama Safer dengan cara menempah slot kelas terlebih dahulu. Penempahan boleh dilakukan menerusi pautan yang berikut: https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood.
Anda juga boleh mengikuti sesi Live daripada pihak Safer Food Merchant pada setiap hari Rabu setiap minggu pada jam 11.30 pagi. Live tersebut boleh ditonton menerusi aplikasi Facebook atau Instagram.
Untuk maklumat yang lebih lanjut atau untuk mengetahui tawaran terkini daripada Safer. Ikuti laman rasmi Safer atau berhubung dengan pihak khidmat pelanggan Safer di:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup