Safer merupakan sebuah syarikat tempatan yang menawarkan pelbagai jenis tempahan untuk perkhidmatannya. Oleh yang demikian, banyak peluang pekerjaan yang boleh diisi untuk menggerakkan syarikat ini.

Antara penggerak utamanya adalah pekerjaan sebagai rakan penghantar atau pemandu. Pekerjaan ini dilihat menjadi tunjang utama kepada proses perjalanan syarikat Safer.

Oleh itu, jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Safer, anda boleh mendaftar secara percuma sahaja. Tambahan daripada itu, Safer juga menawarkan promosi ‘Zero Commission’ kepada semua rakan penghantar dan pemandu Safer.

Tawaran ini akan dibuka sehingga penghujung bulan Mac ini. Jangan lepaskan peluang untuk menjana pendapatan tambahan bersama Safer! Anda boleh mendaftar menerusi pautan di bawah.

http://tinyurl.com/ycetm3vh 

Sebelum mendaftar, anda perlu memilih sama ada untuk menjadi rakan penghantar atau pemandu. Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan mengikut kategori pekerjaan.

Syarat kelayakan menjadi rakan penghantar:

  • Memiliki kenderaan seperti motosikal, kereta, van, lori atau lain-lain.
  • Memiliki lesen memandu yang sah.
  • Tiada had buatan kenderaan.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (iOS atau Android).
BACA JUGA :   Safer Delivery Partner & Driver Dibuka Untuk Pendaftaran

Syarat kelayakan menjadi rakan pemandu:

  • Memiliki kenderaan seperti motosikal atau kereta.
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan penuh.
  • Buatan kenderaan tahun 2012 dan ke atas.
  • Mempunyai telefon pintar dengan akses internet (iOS atau Android).

#Lesen PSV dan EVP diperlukan untuk rakan pemandu. Lesen PSV perlu diperoleh di JPJ manakala lesen EVP akan diuruskan oleh Safer.#

Proses pengaktifan akaun adalah dalam masa 24 jam sehingga 48 jam. Untuk pengaktifan yang lebih lancar, anda dikehendaki untuk melengkapkan semua dokumen dan butiran yang telah diminta oleh pihak Safer.

Berikut adalah senarai dokumen dan butiran yang diperlukan:

  • Roadtax kenderaan
  • Geran
  • Insurans
  • Akaun bank
  • Kad pengenalan

Selain menjana pendapatan secara aktif, rakan penghantar atau pemandu juga boleh jana pendapatan pasif. Pendapatan pasif ini boleh dijana dengan berkongsikan referral code anda kepada mereka yang masih belum mempunyai akaun Safer.

BACA JUGA :   Syarat Utama Sebagai Rider Di Safer

Lagi ramai yang mendaftar menggunakan referral code anda dan menggunakan perkhidmatan Safer, lebih banyak keuntungan yang boleh anda perolehi. Keuntungan sebanyak 1% akan anda perolehi daripada jumlah resit yang telah dibayar.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Safer adalah:

  1. Safer Ride – Perkhidmatan penghantaran penumpang dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
  2. Safer Delivery – Perkhidmatan penghantaran barangan dari satu kawasan ke kawasan yang lain.
  3. Safer Food – Perkhidmatan pemesanan dan penghantaran makanan dari peniaga ke pengguna.
  4. Safer Concierge – Perkhidmatan membantu dan meneman pengguna mengikut tempoh tempahan yang telah dipersetujui.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara rakan penghantar atau pemandu Safer. Daftar sekarang dan anda boleh jana pendapatan tanpa dikenakan apa-apa caj komisen. Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi pihak Safer di:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here