Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 untuk membantu golongan B40 yang terkesan akibat penularan COVID-19. Program ini telah dilaksanakan bermula bulan Oktober sehingga Disember 2020.

Berikutan pelaksanaan PKP sekali lagi, Kementerian telah mengeluarkan kenyataan melalui menterinya, Tan Sri Annuar. Kenyataan tersebut menyatakan bahawa pihak KWP telah bersetuju untuk:

  • Melanjutkan tempoh pembaharuan lesen perniagaan secara percuma
  • Melanjutkan tempoh bagi diskaun sewaan premis milik KWP
  • Melanjutkan tempoh bagi sewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik KWP

Rakyat akan diberikan kemudahan ini sehingga 31 Julai 2021. Perkara ini telah dinilai setelah mengambil kira status kewangan rakyat dengan pembukaan semula sekolah, persiapan Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang.

BACA JUGA :   DBKL Bakal Menyita PPR Pantai Dalam Berikutan Kes Baling Kerusi

Perkara ini juga mengambil kira bagaimana semua penjaja dan peniaga kecil di sekitar WP baru diberi kesempatan untuk bernafas. Demi kebajikan rakyat sekitar WP, perkara ini telah diusulkan meskipun terdapat kekurangan dalam pungutan hasil.

Langkah ini telah melibatkan hampir :

  • 40 ribu penyewa
  • 10 ribu penjaja dan peniaga kecil
  • 5 ribu peniaga yang terlibat dalam Program Wilayah Bebas Berniaga

Tambahan daripada itu, Tan Sri Annuar juga menyatakan bahawa terdapat lebih 2 ribu permohonan kepada KWP untuk pembukaan bazaar Ramadan.

Sumber : BERNAMA

Anda merupakan penjaja dan peniaga kecil yang mahu memasarkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi? Sertai Safer Food Merchant dengan menjadi salah satu vendor makanan Safer.

BACA JUGA :   Bank Makanan Peringkat Nasional: Ringankan Beban dan Elakkan Pembaziran

Antara butiran yang diperlukan adalah lesen perniagaan, sijil halal dan lesen SSM. Jika anda berminat, anda boleh mendaftar perniagaan anda dengan klik pada poster Safer di atas.

Untuk lebih maklumat, hubungi pihak Safer menerusi platform di bawah:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here