Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah sebuah perbadanan yang menawarkan tempat simpanan wang hasil pendapatan anda.

KWSP memberikan jaminan kepada para pencarumnya bahawa wang anda akan selamat sepanjang berada di bawah mereka. Tidak hanya itu, ianya boleh menjadikan kehidupan anda pada waktu persaraan lebih terjamin.

Namun, selain daripada KWSP, adakah terdapatnya simpanan lain yang boleh dibuka untuk simpanan jangka masa panjang? Ya, semestinya ada. Pada edisi kali ini, Deenamik akan memperkenalkan sebuah simpanan jangka masa panjang yang boleh dibuka menerusi Tycoon Group.

Simpanan tersebut adalah Pelan Simpanan Eksklusif. Apakah pelan simpanan eksklusif ini? Pelan simpanan eksklusif ini merupakan platform simpanan yang mampu untuk memberikan anda manfaat di kemudian harinya. Apa yang penting adalah ianya juga merupakan simpanan jangka masa panjang yang boleh anda buka untuk memastikan kesejahteraan di hari tua.

BACA JUGA :   Buka Akaun Simpanan Daripada Pelan Simpanan Eksklusif Untuk Masa Depan Yang Lebih Terjamin.

Terdapat tiga jenis simpanan dan anda boleh menyimpan serendah RM200 sahaja sebulan. Berikut merupakan syarat-syarat simpanan mengikut pelan-pelan simpanan yang ditawarkan.

Aliran Pendapatan Terjamin merupakan sebagai bonus kepada anda jika anda tidak mengeluarkan dividen selama masa simpanan. Ianya akan diberikan pada setiap tahun dan anda boleh memilih untuk menerimanya atau membiarkannya di dalam simpanan.

Selain itu, pelan simpanan ini juga menawarkan dividen tidak tetap di antara 4 sehingga 6 peratus daripada nilai simpanan tahunan yang anda telah dibuka. Jika anda berminat dengan simpanan ini, anda juga boleh menjana pendapatan tambahan menerusi pembukaan akaun simpanan tersebut.

Tycoon Group juga menawarkan peluang kepada ahli penyimpan untuk menjalankan bisnes digital di bawah urusan kewangan. Pendapatan anda diberikan berdasarkan komisen yang anda terima apabila anda berjaya mengajak orang lain untuk membuka akaun simpanan juga. Untuk mengetahui perkara ini dan jika anda berminat untuk membuka akaun simpanan, hubungi pihak Tycoon Group di:

BACA JUGA :   Buka Akaun Simpanan Dan Jana Pendapatan Sampingan Dengannya!

Website : https://tycoongroup.my/
Facebook : Tycoon Group
Instagram : Tycoon Group
Email : tycoon.groupwm@gmail.com
Nombor : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here