Indonesia merupakan sebuah negara yang luas dan mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang menarik. Selain daripada hampir dengan negara Malaysia, Indonesia juga mempunyai nilai mata wang yang rendah.

Oleh itu, ramai pelajar berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia. Kerjasama yang baik di antara kedua-dua buah negara turut menjadikan pelajar Malaysia mudah untuk belajar di sana.

Perbezaan bahasa yang tidak terlampau banyak merupakan faktor Indonesia dipilih. Oleh yang demikian, jika anda merupakan pelajar lepasan SPM, IGCSE, STPM, Matrikulasi, Diploma dan lain-lain lepasan, anda boleh lanjutkan pelajar ke universiti di Indonesia.

Kemasukan ini telah dibuka bagi sesi 2021 dengan sesi kemasukan pada bulan September. Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah, anda boleh mendaftarkan diri menerusi Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Halatuju Kerjaya dalam Bidang Pengajian Islam
Institusi Pertanian Bogor

Berikut merupakan senarai universiti di Indonesia yang menawarkan tempat kepada para pelajar Malaysia.

  1. Universitas Sumatera Utara
  2. Universitas Airlangga
  3. Universitas Hasanuddin
  4. Universitas Padjadjaran
  5. Universitas Gadjah Mada
  6. Institut Pertanian Bogor
  7. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA)
  8. Universitas Islam Negeri Ar-Raniry

Terdapat pelbagai lagi universiti yang telah ditawarkan. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang kesihatan seperti perubatan, veterinar, pergigian, farmasi dan lain-lain. Selain itu, tedapat juga bidang pengajian Islam yang ditawarkan di universiti Islam Negeri seperti bidang usuluddin, syariah, psikologi dan lain-lain.

Jika anda mahu mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan cara pendaftaran atau syarat kemasukan, anda boleh layari laman sesawang Daulah Educonsult di http://daulahmedic.com/.

Selain itu, jika anda mahu mendapatkan khidmat konsultasi, anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult menerusi mana-mana platform di bawah.

BACA JUGA :   Pengajian Secara Online Di Kursk State Medical University Untuk Sesi 2021.

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor pejabat : 03-92851322

Berminat Sambung Belajar ke Luar Negara?

Daftar Segera Bersama Daulah Educonsult!

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang pengajian yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Perkara ini seiring dengan pengalaman syarikat yang telah menguruskan pelajar ke pelbagai negara terutamanya ke Indonesia, Rusia dan Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here