Nama pemain badminton kebangsaan, Lee Zii Jia semakin meningkat naik. Perkara ini disusuli dengan kemenangan beliau di kejohanan Badminton All-England. Terdahulu, Lee Zii Jia telah berjaya masuk ke peringkat akhir kejohanan apabila menewaskan Kento Momota daripada Jepun.
Zii Jia menang dengan bergayanya apabila dia berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia itu dengan 21-16 dan 21-19 dalam masaa 54 minit. Setelah itu, beliau berdepan dengan pemain dari Denmark, Mark Caljouw.
Mata bagi perlawanan tersebut adalah 21-13 dan 21-17. Setelah berjaya di peringkat separuh akhir, Zii Jia juga berjaya menempuh perlawanan dengan jayanya.
Zii Jia berjaya menewaskan Viktor Axelsen yang juga daripada Denmark. Beliau menundukkan Axelsen dengan ‘Rubber set’ 30-29, 20-22 dan 21-9.
Pemain berusia 22 tahun daripada Kedah ini berjaya membawa pulang emas setelah ianya dirangkul oleh Datuk Lee Chong Wei pada 2017.
Sumber: Astro Awani
Berminat untuk sambung belajar di luar negara? Daftar kemasukan ke universiti bagi sesi 2021 dan 2022 bersama Daulag Educonsult sekarang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web, media sosial atau hubungi pihak Daulah Educonsult di:
Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)